window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia

Haris Β· Sep 5, 2022 04:00 PM

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 01

  • Barisan Mazda CX-3 di Malaysia kini termasuk varian 1.5L Core peringkat pengenalan
  • Harga bermula dari RM 108k
  • Setanding harga Honda HR-V peringkat pengenalan

Bermaz Motor, pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, telah mengemas kini rangkaian Mazda CX-3 di Malaysia secara senyap-senyap.

Kemaskini yang dilakukan adalah dengan memasukkan varian tahap pengenalan 1.5 liter Core baharu, serta varian 2.0 liter Core spesifikasi pertengahan . Kedua-dua varian baharu ini menyertai spesifikasi 2.0 High dalam barisan CX-3 yang paling tinggi.

Rangkaian Mazda CX-3 2022 yang dikemas kini kini diimport dari Thailand, bukannya Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 01

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 02

Penawaran Mazda CX-3 1.5 liter varian pengenalan baharu bermakna harga asas Mazda CX-3 kini bermula serendah RM 107,870, iaitu perbezan harga sehingga RM 23,489 kurang daripada varian CX-3 2.0 High spesifikasi teratas.

Varian CX-3 2.0 Core baharu juga berharga daripada RM 118,159, manakala spesifikasi tertinggi Mazda CX-3 berharga daripada RM 131,359.

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 03

Enjin kini dikongsi dengan Mazda 2

Mazda CX-3 1.5 baharu menggunakan enjin petrol 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi yang sama ditemui dalam Mazda 2, menghamburkan 115 PS dan 149 Nm. Pemanduan dihantar ke roda hadapan melalui transmisi automatik 6-kelajuan.

Baca: Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 04

Varian Core mendapat rim 16-inci berwarna perak

 

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 05

Lampu halogen

Memandangkan Mazda CX-3 1.5L baharu ini ialah varian peringkat permulaan, set cirinya juga mencerminkan kedudukan asas. Ciri-ciri standard termasuk:

  • Lampu depan halogen
  • Lampu siang DRL dan belakang jenis mentol
  • Kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup mula
  • Rim aloi 16-inci
  • Electric parking brake (EPB)
  • Stereng berbalut kulit dengan kawalan audio
  • Kerusi fabrik
  • Skrin infotainment 8-inci
  • Android Auto & Apple CarPlay
  • 6 pembesar suara
  • Kamera pandang belakang
  • 2 beg udara
  • Kawalan kestabilan dan cengkaman

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 06

Fabrik masih bagus

 

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 07

Tiada kawalan iklim automatik, digantikan dengan tombol kawalan manual. Masih mengekalkan pemanas

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Mazda CX-3 1.5L disertakan dengan varian 2.0L spesifikasi pertengahan baharu. Untuk varian pertengahan 2.0 Core ini, ia menukar enjin 1.5 liter dengan unit enjin 2.0 liter yang lebih besar, sambil mengekalkan ciri kelengkapan pada 1.5L Core.

Mazda CX-3 dikemas kini dengan varian 1.5L dan 2.0L baharu, kini berharga daripada RM 108k di Malaysia 08

Kami juga telah melampirkan gambar angka VIN Mazda CX-3 yang dikemas kini, mengukuhkan lagi spekulasi bahawa model itu kini diimport dari Thailand.

Dengan sedikit perbezaan harga yang ditawarkan antara hatchback/sedan segmen B Mazda 2, adakah ia akan mengajak pembeli model tersebut untuk beralih ke SUV ini? Nyatakan pendapat anda!

Baca: Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda