window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-3: Generasi baharu dilakar, akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder SkyActiv-X

Faisal Β· Sep 8, 2020 02:00 PM

Mazda CX-3: Generasi baharu dilakar, akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder SkyActiv-X 01

Setelah beberapa tahun memberikan impak, Mazda telah menjadi sinonim sebagai pengeluar kenderaan premium dari Jepun. Ia dihasilkan untuk pengguna yang lebih mementikan jiwa seperti Mazda 3.

Tanpa kita sedari, Mazda CX-3 sudah berada dalam pasaran sejak tahun 2015. Dengan pendirian Mazda yang mengemaskini kitaran model setiap 5 ke 6 tahun, media di Jepun telah mula membuat spekulasi mengenai Mazda CX-3 yang akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-3: Generasi baharu dilakar, akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder SkyActiv-X 01

Sumber imej: bestcarweb.jp

Mazda CX-3 sekarang dibina berdasarkan Mazda 2. Diramalkan bahawa generasi seterusnya bakal mengikut jejak yang sama. Ia dijangka menggunakan enjin 1.5 liter 3-silinder SkyActiv-X yang baru. Pada masa yang sama, jangkaan debut akan berlangsung pada bulan Jun 2022.

Mazda CX-3: Generasi baharu dilakar, akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder SkyActiv-X 02

Lakaran Mazda 6 baharu daripada Bestcarweb

Bercakap mengenai barisan model, laporan yang sama turut mengatakan bahawa Mazda 6, Mazda 2, dan Mazda CX-5 yang baharu akan membuat kemunculan pada tahun 2021.

Selain itu, enjin 6-silinder sebaris (inline) yang menghasilkan 300 PS dan 343 Nm tork dijangka membuat penampilan pertama pada Mazda 6 yang akan datang.

Walau apapun, tidak dinafikan bahawa mutu pemanduan Mazda CX-3 akan kekal seperti sebuah Mazda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda