window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T?

Mersita Β· Nov 22, 2020 06:00 PM

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 01

Kalau anda sedang menginci Mazda CX-5 2020, anda akan disuruh memilih antara 5 varian yang ada untuk model ini – dari 2.0G 2WD Mid sehinggalah ke 2.5G 4WD High T/C.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 02

Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Tapi, selalunya kereta yang mempunyai pelbagai varian akan ada satu yang paling berbaloi untuk dipilih. Bagi kami, varian tersebut bagi model Mazda CX-5 ialah varian 2.0G 2WD High dan ini sebabnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tren kuasa – Adakah anda betul-betul perlukan kuasa ekstra ini?

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 01

Enjin ‘naturally aspirated’ 2.0 liternya menjana 162 PS/213 Nm dan ia dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan. Bagi pemanduan harian, jumlah ini cukup memuaskan. Ia tidaklah tersangat hebat, tapi cukuplah untuk aktiviti seharian anda.

Pacuannya linear, enjinnya respon dengan baik apabila pedal ditekan, dan transmisi 6 kelajuannya tangkas mengikut kelajuan yang ditetapkan. Penentukuran ini membuatkan CX-5 terasa lebih seronok untuk dipandu.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 02

Kuasa dan tork dijana enjin NA 2.5 liternya cukup bagus untuk membawa beberapa penumpang kesana kemari. Tapi, enjin yang lebih besar tidak begitu tangkas apabila di’rev’ dan perbezaan antara kedua-dua enjin NA ini tidaklah begitu ketara.

Enjin 2.2 liter turbodiesel sebenarnya sangat bagus, tapi ia memerlukan Euro 5 Diesel untuk berfungsi dengan optimal dan tak semua stesen petrol menyediakan bahan api jenis ini. Ini bermaksud anda perlu rancang betul-betul perjalanan anda dan ambil kira kemudahan di kawasan tempat tinggal anda.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 03

Enjin berpengecas turbo 2.5 liter yang paling tinggi ini cukup tangkas, tapi ‘makan’ minyak. Tambahan pula, brek dan suspensionnya tidak cukup tegap untuk menampung kuasa lebihan, oleh itu ia tidak berfungsi dengan cukup harmoni dengan enjinnya seperti varian-varian bawahan.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 04

Oleh itu, kami pilih enjin 2.0 liter untuk sifat tangkasnya, cukai jalan yang lebih rendah dan penggunaan minyak yang lebih jimat.

Kelengkapan – Semua yang anda perlukan ada dalam varian 2.0G 2WD High

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 05

Varian 2.0G Mid yang paling rendah, berharga RM 132,403, diberi tempat duduk berlapik fabrik dengan pelarasan manual, kamera undur, dan dengan kelengkapan keselamatan pasif yang lain seperti 6 beg udara, ESC, TCS, dan sebagainya.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 06

Varian 2.0G 2WD High

Varian kedua iaitu 2.0G High pula mempunyai ‘keyless entry’, pintu but berkuasa, tempat duduk berkemasan kulit, tempat duduk hadapan berkuasa, kamera 360 darjah, dan yang penting ia dilengkapi dengan Autonomous Emergency Braking (AEB). Kami rasakan yang ia cukup berbaloi dengan tambahan RM 15 ribu untuk dapatkan kelengkapan ini.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 07

Varian 2.5G NA pula ditambah lagi dengan tayar 19 inci yang nampak cantik tapi tidak seselesa tayar 17 inci yang lebih selesa dan murah untuk diganti. Varian ini juga menambah kelengkapan Driver Attention Alert dan AEBnya berfungsi untuk mengesan objek di belakang kereta.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 08

Rim 19 inci nampak cantik, tapi ia mengorbankan tahap keselesaan sedikit

Kami memilih varian 2.2D bagi tork tambahannya, lampu hadapan LED adaptif, Lane Departure Warning dan juga Lane Keep Assist. Tapi, seperti yang dinyatakan tadi, ia memerlukan Euro 5 Diesel dan ini bergantung kepada keadaan stesen minyak di kawasan kediaman dan perjalanan anda.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 09

Tak nampak secantik varian lain. Tapi, peluncurannya lebih lembut.

Seterusnya kita ada varian paling tinggi – 2.5G Turbo. Ia mempunyai fungsi pacuan semua roda (AWD) tapi tahap kelengkapannya agak serupa dengan 2.2D. Pilihan ini cukup bagus bagi mereka yang kerap memandu di lebuhraya. Tapi, bagi pemanduan di dalam bandar, ia agak keterlaluan dan ‘makan minyak’.

Kesimpulan - 2.0G 2WD High cukup berbaloi dan ngam

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 10

Kami berpendapat yang Mazda CX-5 2.0G 2WD High ialah pilihan yang terbaik dalam barisan Mazda CX-5. Janaan kuasanya mencukupi untuk kegunaan harian dan ia mempunyai semua kelengkapan yang anda perlukan seperti ‘keyless entry’, pintu but berkuasa dan tempat duduk berlapik kulit, dan yang paling penting ia dilengkapi AEB.

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T? 11

Apa-apa pun, ia masih bergantung pada minat masing-masing. Mungkin anda mahukan lebih kuasa dan tak kisah dengan penggunaan petrol, mungkin bagi anda varian turbo lebih menarik. Tapi, bagi kebanyakan orang, terutama sekali yang tinggal di bandar, Mazda CX-5 2.0G 2WD High ialah pilihan yang mantap.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda