window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC?

Haris Β· Jul 28, 2021 09:00 AM

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 01

Bayangan Mazda CX-5 oleh Kolesa

Baru-baru ini, khabar angin mengenai Mazda CX-5 generasi baru yang dijangka akan hadir pada tahun 2023 bakal menggunakan platform pacuan roda belakang telah disahkan oleh bos Mazda Australia.

Selain itu, CX-5 juga dikatakan akan menjadi salah satu model terawal Mazda yang menggunakan platform baru dan enjin baru 6-silinder sebaris dengan hibrid ringan (mild hybrid).

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 02

Dengan kesemua peningkatan tersebut, Mazda CX-5 generasi ketiga itu dijangka akan menerima lonjakan harga yang mendadak. Sebagai perbandingan, portal BestCarWeb dari Jepun menjangkakan Mazda CX-5 akan bersaing harga secara langsung dengan Mercedes-Benz GLC baharu yang bakal melakukan debut pada suku ke-4 tahun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 01

Bayangan Mazda CX-5 oleh BestCarWeb

Sebagai perbandingan kasar, Mercedes-Benz GLC mempunyai harga bermula dari RM 300k di Malaysia. Secara optimis, walaupun Mazda CX-5 baharu bakal bersaing dengan Mercedes-Benz GLC baharu, tidak semestinya harga sasaran juga sama.

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 02

Bayangan Mazda CX-5 oleh BestCarWeb

Hal ini berdasarkan wawancara oleh Automotive News Europe dengan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Akira Marumoto, yang dipetik berkata “Mengapa kita perlu selalu berfikir untuk bersaing dengan jenama lain? Mungkin tiada jenama lain dalam kedudukan yang sama seperti Mazda. Kami mahu dianggap sebagai alternatif untuk jenama premium yang sudah ternama."

Mazda alternatif jenama premium

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 03

Wartawan kemudian menyambung, "Tapi dengan harga yang lebih rendah?"

Marumoto menjawab, "Ya. Kami tidak akan meletakkan kedudukan kami sebaris dengan jenama lain. Mazda adalah Mazda. Memandangkan Mazda adalah pemain kecil industri, kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dengan pemain besar, kita tidak akan berpeluang untuk menang (dengan cara ini).

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 04

"Itulah sebabnya saya perlu menguruskan segala-galanya dengan skala kecil kita sebagai kekuatan. Antara kelebihan menjadi pengeluar kecil-kecilan adalah kita boleh menjadi unik, dari segi produk, teknologi, harga dan pengalaman pelanggan. Sekiranya Mazda tidak melakukan perkara ini malah melakukan perkara yang sama dengan pemain besar, saya khuatir Mazda sukar untuk bertahan."

Marumoto juga mengatakan, "Beberapa media melaporkan bahawa Mazda akan menjadi jenama premium. Tetapi sebagai jenama, Mazda tidak ditubuhkan untuk menjadi jenama premium. Ini bukan matlamat. Sekiranya anda bertanya sama ada kami berhasrat untuk menjadi seperti salah satu trio jenama Jerman premium yang terkenal, jawapannya adalah tidak.

"Walaupun harga pasaran masa kini lebih tinggi dari dahulu, kami akan membangunkan produk yang memberikan nilai yang lebih tinggi, dan pelanggan akan merasai keyakinan dengan harga tersebut."

Sukar menjangkakan harga Mazda

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 05

Berdasarkan kenyataan tersebut, agak sukar untuk memberi anggaran harga Mazda CX-5 generasi akan datang. Maklumat yang diketahui setakat ini adalah ia akan menggunakan platform baru dan enjin 6-silinder sebaris baru dengan teknologi hibrid ringan (mild hybrid). Kesemua maklumat ini cukup memberi petanda kenaikan harga namun setakat mana kenaikan harga tersebut masih belum jelas.

Sebagai spekulasi, kita boleh merujuk kepada SUV premium, Toyota Harrier. Untuk rujukan, Toyota Harrier 2021 ditawarkan dalam satu varian pada harga RM 249,707 (OTR tanpa insurans, dengan potongan SST).

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 06

Mazda CX-5 generasi kedua pula berharga sekitar RM 132k - RM 174k, memperlihatkan kenaikan sekitar RM 100k. Adakah harga ini munasabah? Ini membawa kepada faktor kedua.

Faktor kedua, bukan perbandingan setara

Toyota adalah syarikat yang jauh lebih besar daripada Mazda, dengan rangkaian produk yang jauh lebih luas. Platform GA-K pada Harrier turut dikongsi bersama model seperti Camry, RAV4, bahkan Lexus ES.

Dari segi skala ekonomi, Toyota mampu mengaut lebih keuntungan berbanding Mazda justeru mempengaruhi harga model produksi akhir.

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 07

Sebagai langkah menangani masalah ini, Mazda turut mengumumkan platform SkyActiv Multi-Solution Scalable Architecture yang akan menyokong 13 model (termasuk model RWD, enjin 6-silinder) dengan tahap elektrifikasi yang berbeza-beza. Ini suatu langkah penyeragaman dalam pengeluaran Mazda dan bakal membantu menurunkan kos.

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 08

Satu lagi spekulasi lain yang timbul adalah Mazda CX-5 generasi seterusnya boleh ditawarkan sebagai model plug-in hybrid dengan enjin 4-silinder biasa, diposisikan di bawah varian enjin 6-silinder baharu.

Dengan prospek pemasangan tempatan yang memberi insentif cukai yang menarik, harga Mazda CX-5 generasi akan datang nanti dijangka akan masih kompetitif di Malaysia.

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 09

Mazda PHEV dengan enjin 4 silinder longitud

Sekiranya Mazda CX-5 generasi ketiga hadir ke Malaysia sebagai unit import sepenuhnya, jangkakan minat yang berkurangan kerana struktur cukai Malaysia berdasarkan kapasiti enjin.

BestCarWeb melaporkan bahawa enjin 6-silinder baharu berkapasiti sehingga 3.0 liter, suatu spesifikasi enjin yang kurang digemari.

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 10

Sekiranya ini berlaku, Malaysia mungkin tidak akan menerima Mazda CX-5 dengan enjin 6-silinder, sama seperti Malaysia tidak ditawarkan Mazda 6 dengan enjin 2.5 liter turbocaj.

Bercakap mengenai Mazda 6, ia juga dikatakan bakal ditawarkan dengan enjin 6-silinder sebaris tersebut. Sebuah lagi model yang bakal digugurkan di Malaysia?

Mazda CX-5 generasi baru dijangka naik harga mendadak, semahal Harrier dan Merc GLC? 11

Masih ingat ketika Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan Nissan Murano? SUV ini diimport sepenuhnya dari Jepun, Murano generasi kedua facelift mencecah harga RM 318k. Strategi tersebut dilihat tidak berkesan dan Murano juga tidak berjaya mencapai sasaran yang diharapkan.

Toyota menyaksikan kejayaan yang lebih besar dengan Harrier, baik di Jepun mahupun Malaysia. Malah, evolusi 24-tahun Toyota Harrier turut memantapkan imej kelas atasan SUV ini. Mampukah Mazda mencapai tahap yang sama dengan CX-5 generasi ketiga akan datang?

Bacaan Lanjut:

Sah! Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru!

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda