window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa?

Haris · Dec 2, 2020 02:00 PM

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 01

Ucap selamat tinggal pada Mazda CX-5 harga CKD kerana ura-ura mengatakan bahawa SUV segmen C ini akan diposisikan sebagai SUV yang lebih premium. Lebih tepat lagi, ia akan bersaing dengan barisan model Mercedes-Benz GLC.

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 01

Sebagai konteks, Mazda CX-5 2019 generasi sekarang berharga sekitar RM 132,403 -  RM 174,852. Ini meletakkan posisi SUV ini sebaris dengan Honda CR-V, Nissan X-Trail dan Proton X70.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 01

Seperti Mazda 6 generasi 2022 yang akan datang, Mazda CX-5 serba baru akan menggunakan platform pacuan roda belakang yang baru, dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris yang baru juga.

Mazda CX-5 dan Mazda 6 kedua-duanya disasarkan untuk peminat kereta-kereta Jerman untuk menggunakan kualiti Jepun.

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 02

Sudah tentu, harganya yang mampu milik sekarang dengan status pemasangan CKD juga akan menerima kesan. Tambahan pula, rekaan dalaman pada Mazda CX-30 dan Mazda 3 yang baru sudah cukup untuk menjangkakan hala tuju Mazda selepas ini.

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 03

Enjin enam silinder sebaris tersebut berkemungkinan akan hadir secara NA dengan kapasiti enjin sekitar 2.5 liter - 3 liter. Ini juga menandakan bahawa enjin empat silinder 2.5 liter berkuasa Turbo yang ditawarkan pada Mazda CX-5 generasi sekarang akan digugurkan.

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 04

Menjelang tahun 2023, Jepun akan beralih ke tahap seterusnya untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon. Oleh itu enjin 2.5 liter turbo yang ada sekarang juga akan digugurkan. Untuk memenuhi sasaran ini, enjin enam silinder sebaris akan menampilkan gabungan elektrik jenis mild-hybrid 48V.

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa? 05

Generasi terkini Mazda CX-5 membuat debut global di Pameran Motor Los Angeles 2014, sebelum dijual pada Disember 2016. Model ini dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 2017, sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Mazda Malaysia di Kulim.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda