window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-50 yang rosak akibat kemalangan ini lagi mahal daripada unit yang baru, apahal?

Zamil Syaheer Β· May 14, 2022 08:00 PM

Mazda CX-50 yang rosak akibat kemalangan ini lagi mahal daripada unit yang baru, apahal? 01

Kekurangan bekalan kereta baru akibat pelbagai masalah dunia bermakna Mazda CX-50 yang hampir baru dan rosak akibat kemalangan ini akan dilelong dengan anggaran harga permulaan USD 1,100, jauh lebih tinggi daripada kereta baru.

Punca utama? Kekurangan cip semikonduktor (yang tidak akan selesai sehingga 2024, sekurang-kurangnya) ditambah pula dengan keadaan di Ukraine dimana negara itu adalah pembekal utama wire harness.  Ini telah mengakibatkan tempoh menunggu yang luar biasa lama untuk banyak kereta baru.

Akibatnya, harga kereta terpakai telah meningkat, termasuklah Mazda CX-50 ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-50 yang rosak akibat kemalangan ini lagi mahal daripada unit yang baru, apahal? 01

Di AS, harga untuk Mazda CX-50 bermula dari USD 26,800 untuk varian 4-silinder 2.5 liter aspirasi semula natural, manakala varian tertinggi dengan enjin 2.5 liter turbocaj bermula pada USD 41,550.

Menurut laporan Carscoops, unit turbocaj yang rosak akibat kemalangan ini disenaraikan di platform lelongan AS dan kereta terpakai Copart (ditanda secara salah sebagai Mazda CX-5).

Mazda CX-50 yang rosak akibat kemalangan ini lagi mahal daripada unit yang baru, apahal? 02

Kemalangan sekalipun, Copart tetap menyenaraikan kenderaan itu dengan anggaran nilai USD 42,658 - USD 1,108 lebih daripada kereta baharu, tidak termasuk kos pembaikan, yang akan menjadi lebih mahal.

Walaupun kerosakan pada bahagian hadapan kelihatan kecil, kerosakan pada bahagian belakang agak teruk. Nampaknya CX-50 ini dihentam di bahagian belakang, sebelum melanggar kenderaan lain di hadapan.

Baca juga: Mazda CX-50 2022 debut – kembar ranggi CX-30 dengan enjin SkyActiv, boleh 'offroad' terus!

Mazda CX-50 yang rosak akibat kemalangan ini lagi mahal daripada unit yang baru, apahal? 03

Usah rasa keliru dengan Mazda CX-60 (yang akan menuju ke Malaysia) pula  kerana CX-50 adalah model khusus untuk Amerika Syarikat (dan Kanada) sahaja, dihasilkan di Amerika Syarikat untuk pasaran Amerika Utara di kilang pembuatan milik bersama Mazda-Toyota Alabama.

Ia adalah SUV 5 tempat duduk, sama seperti Mazda CX-5, tetapi diletakkan lebih tinggi, sebagai produk yang lebih premium.

Baca juga: CX-5 RWD yang lebih sporty & premium: Bermaz sedang mempertimbangkan Mazda CX-60 untuk Malaysia

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda