window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu

Zamil Syaheer Β· Mar 5, 2023 02:00 PM

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 01

Bila anda lihat rangkaian SUV Mazda terkini, anda mungkin sedikit keliru dengan nama model yang bermula dengan huruf C ataupun CX, diikuti dengan nombor gandaan sepuluh ataupun satu digit.

Walaupun Bermaz masih belum mengesahkan ketibaan Mazda CX-60 di Malaysia, kemungkinan besar kita akan melihat pengenalannya di sini. Oleh itu, mari kita kenali selok-belok tentang Mazda CX-60 dan di manakah letaknya dalam keluarga CX Mazda.

Mazda CX-60 bakal dilancarkan di Malaysia?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sumber kami yang dipercayai berkata Mazda CX-60 kini sedang dikaji oleh pengedar Mazda tempatan Bermaz untuk pasaran Malaysia.

Malah, jurucakap Bermaz Motor berkata, "Kami belum dapat mengulas lebih lanjut tentang CX-60 lagi tetapi jika anda melihat barisan model kami, anda akan perasan bahawa semua model Mazda pemanduan kanan tersedia untuk dijual di Malaysia."

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 01

Info sebegitu sudah cukup untuk mengesahkan bahawa Mazda CX-60 bakal datang di Malaysia.

Baca juga: CX-5 RWD yang lebih sporty & premium: Bermaz sedang mempertimbangkan Mazda CX-60 untuk Malaysia

Apakah itu Mazda CX-60?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 02

Ia merupakan model Large Product Group yang pertama, menggunakan asas pacuan roda belakang (RWD) dan rangkaian enjin 6-silinder sebaris hibrid plug-in (PHEV) dan hibrid ringan (MHEV).

Ia terletak di atas Mazda CX-5 dalam barisan SUV Mazda dan pada mulanya disasarkan kepada pasaran Eropah dan Jepun.

Apakah bezanya dengan CX-8 dan CX-9?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 03

Mazda CX-9 dibangunkan untuk pasaran Amerika Utara manakala Mazda CX-8 yang lebih kecil pula untuk Jepun di mana kereta dikenakan cukai berdasarkan dimensinya. Pasaran seperti Malaysia dan Australia menjual kedua-dua model secara bersebelahan.

Kedua-duanya adalah SUV tiga baris dengan penawaran sehingga tujuh tempat duduk, manakala CX-60 ialah SUV dua baris lima tempat duduk. Walau bagaimanapun, menurut pembentangan syarikat semasa pengumumannya mengatakan bahawa CX-8 generasi semasa akan digantikan dengan CX-80, dimana ia akan menawarkan tempat duduk tiga baris berdasarkan platform RWD Large Product Group.

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 04

Mazda CX-9 pula akan digantikan dengan Mazda CX-90 yang baru-baru ini ditunjukkan di AS. Sama seperti CX-9, CX-90 ditujukan untuk pasaran Amerika Utara. Pengenalannya di pasaran lain masih belum dapat dilihat.

Besar ke saiz Mazda CX-60?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 05

Dari segi dimensi, panjang Mazda CX-60 ialah 4,740 mm (190 mm lebih panjang daripada CX-5), manakala lebarnya ialah 1,890 mm (50 mm lebih lebar daripada CX-5), dan ketinggian ialah 1,675 mm (sama dengan CX -5). Jarak roda terbentang pada 2,870 mm; 170 mm lebih panjang daripada CX-5.

Apakah pilihan enjin yang ada pada Mazda CX-60?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 06

Di Australia, tiga pilihan enjin tersedia, semuanya hibrid dan dipasangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Pacuan Semua Roda i-Activ Mazda.

Pertama, penawaran enjin petrol 3.3 liter e-SkyActiv-G 6-silinder sebaris dengan pengecas turbo. Penamaan 'e' menunjukkan elektrifikasi, iaitu sistem hibrid ringan 48V yang menghasilkan 284 PS / 450 Nm. Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa dalam 6.9 saat.

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 07

Seterusnya ialah enjin turbodiesel 3.3 liter e-SkyActiv-D, juga enjin 6-silinder dan merupakan hibrid ringan 48V. Ia menghasilkan 254 PS / 550 Nm, dengan masa 0-100 km/j dalam 7.3 saat. Penjimatan bahan api yang didakwa ialah 4.9 liter / 100 km.

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 08

Akhirnya, enjin 2.5 liter e-SkyActiv PHEV. Enjin 2.5 liter SkyActiv-G 4-silinder aspirasi natural dikongsi dengan CX-5 tetapi dipasang secara membujur sama seperti varian 6 silinder. Ia ditambah dengan motor elektrik 100 kW untuk menghasilkan output sistem gabungan sebanyak 328 PS / 500 Nm.

Motor dijus oleh bateri litium-ion 17.8 kWh yang dipasang di atas lantai. Ia menyokong sehingga 7.2 kW pengecasan AC dan mempunyai julat elektrik 76 km, beroperasi pada kelajuan sehingga 100 km/j.

Berapakah harga Mazda CX-60 apabila tiba di Malaysia?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 09

Di Jepun, harga Mazda CX-60 berada dalam kedudukan yang sama dengan Toyota Harrier. CX-60 berharga antara JPY 2.99 juta (~RM 96k) hingga JPY 6.26 juta (~RM 202k), manakala Harrier berharga antara JPY 2.99 juta (~RM 97k) hingga JPY 5.04 juta (~RM 163k).

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 10

Jika Mazda CX-60 tiba sebagai model yang diimport sepenuhnya (CBU) - memandangkan ia akan menjadi model volum yang lebih rendah daripada CX-5 dan CX-8 - berkemungkinan besar, kita boleh menggunakan harga CBU Toyota Harrier sebagai tanda pengukur.

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 11

Pada masa ini, Toyota Harrier dijual dari RM 274,000. Apabila CX-60 tiba di Malaysia, kita boleh menjangkakan harga yang sama dengan Harrier. Lagipun, CX-60 ditujukan kepada demografi Harrier, jadi tidak menghairankan bahawa Mazda CX-60 berharga lebih kurang sama.

Baca juga: Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia?

Jadi, bilakah Mazda CX-60 akan dilancarkan di Malaysia?

Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu 12

Sekali lagi, kami masih belum menerima pengesahan daripada Bermaz bahawa CX-60 akan dilancarkan di sini. Tetapi, dengan mengandaikan bahawa ia akan tiba juga, ia akan mengambil masa yang lama memandangkan semua negara jiran kita masih belum melancarkan model itu.

Mungkin ia akan dilancarkan pada tahun 2024, namun begitu, kita hanya perlu tunggu dan lihat.

Baca juga: Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-60 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda