window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti

Faisal · Mar 9, 2022 06:00 PM

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 01

  • Transmisi baharu automatik 8 kelajuan
  • AWD lebih kepada roda belakang
  • Varian enjin 6 silinder berpacuan roda belakang (RWD) akan diperkenalkan kemudian

Sebentar tadi, Mazda baru sahaja merasmikan model pertama mereka untuk Large Product Group, iaitu Mazda CX-60. Buat masa sekarang, model atas daripada CX-5 ini dikhususkan untuk pasaran Eropah dahulu.

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 02

Jentera ini hadir dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) dan sistem pacuan semua roda (AWD) i-Activ yang lebih kepada roda belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model PHEV pertama buat Mazda ini menggabungkan enjin petrol 2.5L NA (189 PS, 261 Nm) dan motor elektrik (134 PS, 250 Nm) di bawah nama e-Skyactiv.

Juga bacaApa yang istimewa sangat dengan enjin SkyActiv Mazda?

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 01

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 02

Trenkuasa ini menghembuskan 323 PS dan 511 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j mengambil masa 5.8 saat dan kelajuan tertinggi dihadkan pada 200 km/j.

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 03

Ia turut menampilkan transmisi baru iaitu jenis DCT 8 kelajuan. Menurut Mazda, motor elektrik pada CX-60 PHEV diintegrasikan terus ke dalam transmisi untuk tindak balas yang lebih responsif.

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 04

Selain trenkuasa e-Skyactiv, Mazda akan memperkenalkan enjin petrol dan diesel jenis 6 silinder. Kedua-dua enjin dilaporkan hadir dengan sistem hibrid sederhana (MHEV) 48V.

Juga bacaConsumer Reports - kereta paling tahan: SUV Mazda, hibrid Toyota & Lexus di carta cemerlang

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 05

Nampak ala Volvo.

Pada bahagian dalam, kabin Mazda CX-60 sarat dengan sentuhan premium yang datang dengan pilihan warna cerah ataupun gelap.

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 06

Di Eropah, Mazda CX-60 akan ditawarkan dengan 4 varian dengan julat harga di antara 47,390 EUR ke 52,890 EUR (~RM 216k – RM 241k).

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 07

Secara amnya, produksi buat SUV premium ini akan bermula di Hofu Plant No.2 pada 11 Mac. Untuk makluman anda, CX-60 untuk pasaran Jepun akan didedahkan pada bulan April hadapan. Model berenjin 6 silinder yang berpacuan roda belakang (RWD) yang dinanti-nantikan oleh ramai mungkin akan debut di sana.

Juga bacaBisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022!

Mazda CX-60 debut – PHEV AWD untuk pasaran Eropah, enjin 6 silinder RWD akan lancar nanti 08

Apapun, SUV premium ini mungkin tiba di Malaysia sekiranya tiada aral yang melintang.

Juga bacaBermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-60 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda