window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV!

Haris Β· Aug 25, 2021 01:00 PM

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 01

Imej bayangan oleh Best Car Web

Bagi mereka yang menganggap bahawa SUV adalah membosankan, Mazda berharap dapat mengubah tanggapan ini dengan imej sporty dalam barisan SUV terbaru mereka. Menurut media laman media automotif Jepun, Best Car Web, Mazda kini sedang membangunkan rekaan SUV baharu dengan ciri-ciri yang bakal membuatkan peminat automotif terliur.

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 02

Platform baru yang sedang dibangunkan ini akan melihat enjin 6-silinder sebaris berada pada bahagian hadapan dan menghantar tenaga ke belakang. SUV pacuan roda belakang dengan enjin hadapan kedengaran seperti satu peningkatan yang sangat diperlukan di dalam segmen SUV.

Baca: Mazda CX-5 2023 – pacuan belakang & enjin 6 silinder ‘inline’ sebenarnya untuk CX-50?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 01

Selain Mazda CX-5 / CX-50 generasi baharu, platform ini juga boleh bakal digunakan untuk Mazda CX-8 generasi baharu. Hal ini berdasarkan satu kenyataan pasukan pembangunan yang mengatakan bahawa platform tersebut akan digunakan pada SUV dengan susunan tempat duduk 3 baris, memberi petanda ke arah Mazda CX-8.

Selain itu, Mazda turut mempertimbangkan varian SUV-coupe untuk Mazda CX-8 generasi seterusnya.

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 02

Rekaan SUV-coupe sememangnya telah menyaksikan ledakan populariti akhir-akhir ini dengan Toyota Harrier baharu hadir dengan gaya SUV-coupe. Mungkin ini jawapan Mazda dalam bersaing dengan salah satu model Toyota terlaris di Jepun.

Baca: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 03

Dari segi trenkuasa, selain dari enjin 6-silinder sebaris yang belum disebutkan nama, Mazda CX-8 generasi seterusnya juga dikatakan bakal menggunakan enjin SkyActiv-X. EnJin ini akan dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV).

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 04

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa Mazda akan 'menghidupkan' semula enjin rotari. Ini berikutan daripada pendaftaran logo baharu untuk model xEV daripada Mazda di mana logo tersebut berbentuk motor 3 penjuru yang menyerupai enjin Wankel.  

Baca: Kehebatan enjin rotary Mazda, enjin untuk masa hadapan

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 05

Kesemua maklumat ini sangat mengujakan dan akan memberi Mazda CX-8 dorongan moden yang sangat diperlukan. SUV 7-penumpang tersebut telah mula dijual sejak tahun 2017 dan hanya diberi kemas kini yang sangat kecil di Jepun pada akhir tahun 2020.

Mazda CX-8 baharu bakal menggunakan enjin 6-silinder, RWD dan varian coupe SUV! 06

Di Malaysia, rebiu Mazda CX-8 kami mendapati bahawa ia masih mempunyai gaya pemanduan sebuah SUV Mazda namun kekurangan ramuan yang diidamkan oleh peminat automotif, sesuatu yang terasa seperti 'bukan Mazda'. Adakah ini masanya untuk Mazda CX-8 dengan sentuhan moden?

Baca: Rebiu: Mazda CX-8 2.2D High - SUV 7 penumpang yang lebih baik dari VW Tiguan R-Line?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD High Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda