window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik!

Faisal · Aug 1, 2021 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, isu yang diperkatakan telahpun diselesaikan oleh penggantinya, iaitu Mazda Lantis. Kalau anda lihat, Mazda Lantis kekal dengan daya tarikan playboy tetapi kali ini dengan lampu depan jenis konvensional. Bagi kami, ia sebenarnya lagi hebat daripada Astina. Tak percaya? Mari kami ceritakan 10 fakta unik mengenai warisan kereta playboy yang sejati ini.

1. Enjin V6

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 01

Sewaktu membuat debut di Jepun pada September 1993, Mazda memperkenalkannya dengan enjin BP 1.8L 4 silinder (135 PS, 157 Nm tork) dan enjin KF-ZE 2.0L V6 (160 PS, 179 Nm tork). Namun begitu, enjin V6 tersebut tidak ditawarkan di Malaysia.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 02

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan pilihan transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan. Output yang ada pada enjin Mazda Lantis ini jelas menandakan bahawa legenda ini mengutamakan elemen sporty.

2. Reka bentuknya ada unsur Porsche

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 03

Risalah Jerman yang bertanya samada ia sebuah coupe atau hatchback.

Walaupun Mazda Lantis turut dijual sebagai 323 di beberapa pasaran, perbezaan di antara mereka sebenarnya cukup ketara. Dengan platform yang berbeza, Mazda turut menggelarkan Lantis sebagai ‘coupe’.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 04

Untuk maklumat anda, penampilannya dicipta oleh bekas pereka Porsche, iaitu Puan Ginger Arnold Ostle. Antara hasil kerja beliau ialah Porsche 944. Jadi, tidak mustahil kalau anda dapat lihat persamaan di antara mereka. Menariknya, Lantis hadir dengan pintu tanpa bingkai.

Juga bacaMercedes-Benz CLS bukanlah peneraju coupe 4-pintu namun, ia membuka jalan terhadap evolusinya

3. Ia ada varian sedan yang nampak unik

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 05

Walaupun Mazda Lantis terkenal dengan imej sebuah hatchback (atau coupe), varian sedan juga pernah dikeluarkan. Uniknya, ia nampak lain daripada mana-mana sedan di zaman itu.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 06

Nama Astina diguna untuk pasaran Australia.

Apapun, Lantis sedan lebih ‘rare’ kerana ia hanya terdapat di pasaran Australia dan Jepun sahaja.

4. Pengendalian mantap yang dibangunkan di litar Nürburgring

Kalau anda nak tahu, unsur ‘Jinba Ittai’ yang dipasarkan oleh Mazda sebenarnya telah wujud sejak model Astina lagi. Falsafah pemanduan ini turut beransur pada Mazda Lantis. Untuk pemanduan yang terbaik, jurutera Mazda telah membawa beberapa prototaip ke litar Nürburgring.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 07

Macam tak percaya kan? Pengeluar lain di zaman itu menguji hothatch ataupun kereta berprestasi tinggi tetapi Mazda hanya membawa kereta biasa. Mungkin inilah permulaan yang telah membentuk pengendalian Mazda yang kita kenal pada hari ini.

5. Antara kereta paling selamat di zamannya

Walaupun Lantis membawa imej prestasi, Mazda sebenarnya berazam untuk menghasilkan salah satu daripada kereta paling selamat yang ada ketika itu. Perkara ini sendiri dapat dilihat pada iklannya di atas.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 08

Lekuk badan Mazda Lantis yang begitu kemas sebenarnya bukan sekadar trend semata-mata. Dengan ujian pelanggaran yang cemerlang, ia merupakan antara kereta Jepun pertama yang dapat mematuhi piawaian keselamatan negara. Walau bagaimanapun, penarafan keselamatan J-NCAP (ASEAN-NCAP versi Jepun) hanya diperkenalkan dua tahun selepas Mazda Lantis dirasmikan. Disebabkan itu, skor keselamatan yang rasmi tidak ada pada Mazda Lantis.

6. Ada varian Type-R

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 09

Kalau anda perhati, Proton juga menggunakan nama “GTi” walaupun ia sebenarnya dipopularkan dahulu oleh Volkswagen dan Peugeot. Begitu juga dengan Mazda yang mana ia turut menggunakan nama “Type-R” pada varian Lantis yang paling berkuasa walaupun nama itu sebenarnya dipopularkan oleh Honda. Menariknya, inilah satu-satunya model Type-R yang Mazda pernah pasarkan.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 10

Untuk pengetahuan anda, Lantis Type-R dikuasakan oleh enjin KF-ZE 2.0L V6 yang sama tetapi dengan 170 PS. Ia hanya dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan. Lantis Type-R juga didatangkan eksklusif dengan spoiler dan skirting tambahan. Apapun, model ini hanya terdapat di pasaran Jepun.

7. Versi Mazdaspeed ada spoiler kaw kaw

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 11

Anda ingat lagi tak Mazdaspeed? Bagi anda yang belum tahu, ia merupakan ciptaan model berprestasi tinggi dari Mazda yang mana ramai mengenalinya sejak Mazda 3 MPS diperkenalkan. Namun begitu, Mazdaspeed Lantis hanya mendatangkan kosmetik yang lebih agresif.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 12

Antara ciri yang paling mengagumkan ialah spoiler belakang ala sayap kapal terbang. Walaupun tidak menghasilkan lebih downfore, ia tetap nampak gempak.

8. Ia dijual di Malaysia secara rasmi

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 13

Sama seperti Astina, pengedar Mazda ketika itu, Cycle & Carriage Berhad, turut mengimport masuk Mazda Lantis ke Malaysia. Dikenali di negara kita sebagai Mazda Lantis 323, pembeli ditawarkan dengan pilihan enjin B6 1.6L DOHC 16 injap 4 silinder (107 PS) dan enjin 1.8L yang sama seperti Mazda Lantis di pasaran Jepun. Apapun, enjin V6 tidak dibawa masuk.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 14

Mazda Lantis 323 Sedan spec Malaysia adalah sama Familia spec Jepun.

Ia didatangkan standard dengan transmisi automatik 4 kelajuan tetapi pilihan manual 5 kelajuan hanya ada untuk enjin 1.6L. Harga Mazda Lantis sedan ketika itu ditawarkan pada RM 80,182 (kiranya RM 143,365 kalau ikut kadar tahun 2021).

9. Ia bertanding dalam perlumbaan kereta touring

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 15

Lantis (323F) dalam kejohanan BTCC, dilumba oleh legenda kereta touring, Matt Neal.

Untuk maklumat anda, Mazda mencapai kemenangan yang menakjubkan pada perlumbaan 1991 24 Hours of Le Mans. Secara tidak langsung, Mazda Lantis merupakan kereta Jepun pertama yang memenangi perlumbaan legenda itu. Apapun untuk perlumbaan kereta ‘touring’, rekod tersebut bukanlah sesuatu yang hebat tetapi pengalaman tetap berharga.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 16

Lantis dalam kejohanan JTCC, dipandu oleh Yojiro Terada.

Selain itu, Mazda turut menandingkan Lantis dalam kejohanan 1993 British Touring Car Championship (BTCC) dan 1994 Japanese Touring Car Championship (JTCC).

Juga bacaPengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 17

Mazda Xedos 6 dalam kejohanan BTCC.

Namun begitu, penyertaan Lantis dalam kejohanan BTCC hanyalah sekejap yang mana Mazda perlu menggantinya dengan Xedos 6 sebagai salah satu piawaian dalam menepati polisi jualan. Walau bagaimanapun, penyertaan tersebut hanya bertahan sampai 1996 dengan beberapa skor yang agak memberangsangkan.

Juga bacaPengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2

10. Sambutannya agak hambar

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 18

Walaupun Mazda Lantis begitu diminati di Malaysia dan beberapa pasaran lain, sambutan di negara rumah iaitu Jepun sebenarnya cukup hambar.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 19

Walaupun dengan matlamat yang begitu besar, terutama dengan idea enjin V6 pada sebuah kereta biasa, era Bubble di Jepun nampaknya telah menjejaskan kredibiliti Mazda Lantis. Pada waktu itu juga, pengedar Mazda turut mengelirukan yang mana Lantis dijual oleh saluran Mazda, Eunos, dan ɛ̃fini.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 20

Penggantinya tak menarik langsung.

Kesannya, jualan Mazda Lantis di Jepun ditamatkan seawal 1997 tetapi produksi di pasaran luar negara diteruskan sehingga tahun 1998 sebelum ia digantikan dengan Familia/323 generasi seterusnya. Perkara ini telah mengecewakan ramai peminat kerana warisan dan aura Mazda Astina dan Lantis hanya disambung oleh sebuah hatchback konvensional.

Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik! 21

Pujaan hati ramai.

Perkara ini berterusan sehinggalah Mazda 3 Hatchback diperkenalkan. Nampaknya, aura yang ada pada Mazda Astina dan Lantis dihidupkan semula di zaman yang mana pasaran telah beralih ke SUV. Hebat tak hebat?

Juga bacaKereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda 3 Hatchback 1.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda