window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda Malaysia tingkat pengeluaran Sept, kurang terjejas isu bekalan cip semikonduktor

Haris Β· Sep 7, 2021 03:00 PM

Mazda Malaysia tingkat pengeluaran Sept, kurang terjejas isu bekalan cip semikonduktor 01

Bermaz Motor, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia dilaporkan mempunyai sekitar 1,200 pesanan tertunggak yang perlu dipenuhi. Sehubungan dengan itu, Mazda mengumumkan akan segera memenuhi pesanan tersebut sejurus selepas aktiviti pembuatan kilang Mazda Malaysia di Kulim dibenarkan beroperasi.

Ketika ini, sebanyak 1,000 unit kereta sedang menunggu untuk dihantar kepada pelanggan menurut Mazda Malaysia.

Mazda Malaysia tingkat pengeluaran Sept, kurang terjejas isu bekalan cip semikonduktor 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang lebih menarik, operasi pengeluaran Mazda di Jepun terjejas oleh isu bekalan cip yang melanda global. Namun operasi Mazda tempatan mempunyai stok alat ganti yang cukup untuk bertahan 1 hingga 2 bulan lagi, lebih dari cukup untuk kilang memenuhi pesanan yang tertunggak.

Di luar suku ketiga 2021, masih terdapat risiko gangguan bekalan kerana kekurangan global untuk komponen semikonduktor tidak dijangka mengalami peningkatan yang signifikan hingga tahun 2022.

Baca: Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif

Mazda Malaysia tingkat pengeluaran Sept, kurang terjejas isu bekalan cip semikonduktor 01

Menurut dokumen yang tiba ke meja pengarang WapCar.my, Mazda Malaysia akan meningkatkan sasaran pengeluaran bulan September kepada sekitar 1,700 unit, iaitu sekitar 500 unit lebih tinggi daripada purata output bulanan sebelum Covid-19.

Sejak bilik pameran beroperasi semula, pengedar Mazda menerima sekitar 30 tempahan setiap hari, petanda yang sangat positif mengenai permintaan lestari untuk kereta buatan Mazda di Malaysia.

Mazda Malaysia tingkat pengeluaran Sept, kurang terjejas isu bekalan cip semikonduktor 02

Mazda CX-5 masih menjadi peneraju jualan terbaik Bermaz, menyumbang lebih daripada separuh penjualan keseluruhan. Mazda CX-8 adalah model kedua paling popular, diikuti oleh Mazda CX-30, Mazda 3, Mazda CX-3, Mazda 2, Mazda CX-9, dan Mazda 6, berdasarkan turutan tersebut.

Model CX-5 dan CX-8 yang dipasang di kilang Mazda, Kulim, turut dieksport ke Thailand, Indonesia, dan Filipina. Model Mazda 2 pula diimport dari Thailand, sementara model Mazda selebihnya diimport dari Jepun.

Baca: Bekalan cip semikonduktor berkurang, produksi kereta di Malaysia akan terganggu

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mazda 2 Hatchback 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda