window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MB Kedah sedia diambil tindakan atas isu ‘test drive’, beri penjelasan bagi pihaknya

Mersita · Jun 8, 2021 09:45 AM

MB Kedah sedia diambil tindakan atas isu ‘test drive’, beri penjelasan bagi pihaknya 01

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini dikecam hebat atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh di Autocity Juru, Bukit Mertajam pada Sabtu (5 Jun) dan bersedia untuk menerima sebarang tindakan jika beliau benar melanggar SOP.

Menurut laporan BH Online, Sanusi berkata ia bukannya bergantung kepada warganet, golongan yang membencinya mahupun penyokongnya untuk menentukan samada beliau benar atau salah, namun ia bergantung kepada penguat kuasa undang-undang iaitu polis.

MB Kedah sedia diambil tindakan atas isu ‘test drive’, beri penjelasan bagi pihaknya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Dan Saya tidak kata saya tidak salah atau bersalah, jika berlaku pelanggaran SOP maka saya minta maaf kerana ia secara kebetulan. Saya memang suka menyapa orang dan bercakap.

“Kalau polis kata ada kesalahan dan didakwa, saya yakin tidak dikenakan hukuman gantung. Kalau kena kompaun saya akan bayar dan jika pekerja pusat pameran dikompaun, saya akan bayar juga,” kata beliau.

MB Kedah sedia diambil tindakan atas isu ‘test drive’, beri penjelasan bagi pihaknya 01

Menurut dakwaan tersebut, Muhammad Sanusi dilihat memandu uji sebuah trak pikap Ford Ranger Raptor bersama dua orang pengiringnya dengan dibantu oleh seorang penasihat jualan Ford di sana. Saksi kejadian iaitu seorang wanita bersama suaminya memuat-naik dapatan mereka di Facebook.

Muhammad Sanusi menjelaskan bahawa beliau mahu singgah ke kedai serbaneka berhampiran kawasan kejadian kerana beliau risau tiada tempat untuk berhenti makan dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur bersama seorang pegawai pengiring dan pemandunya bagi menghadiri satu mesyuarat.

MB Kedah sedia diambil tindakan atas isu ‘test drive’, beri penjelasan bagi pihaknya 02

Pada masa sama, beliau keluar untuk menegur penasihat jualan berkenaan dan bertanyakan tentang kereta yang ada. 

"Saya tidak membuat pandu uji langsung sebaliknya penjual itu saja yang memandu kenderaan tersebut," kata beliau.

Baca juga: MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata polis sudahpun merekodkan keterangan Menteri Besar Kedah tersebut dan juga dari empat individu lain bagi melengkapkan siasatan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda