MBM – Pengguguran Mercedes A-Class Sedan TIDAK benar, segmen sekarang takkan diabai
Faisal · Mar 2, 2022 09:00 AM
0
0
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa A-Class Sedan akan dihentikan selepas generasi sekarang berakhir. Perkara ini betul-betul bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit perniagaan Jerman dari Automobilwoche yang kami laporkan semalam.
Ini generasi seterusnya buat CLA berlencana EQ atau A-Class Sedan?
Mereka mendakwa bahawa A-Class Sedan generasi seterusnya nanti akan diganti dengan CLA versi EV.
Sewaktu majlis pelancaran Mercedes-Benz C-Class W206 2022 pada Jumaat lalu, Timbahan Presiden MBM berkata, “Segala segmen yang mereka bertanding di pasaran Malaysia ada sebabnya, iaitu permintaan. Jadi, agak tidak cerdiklah kalau kami keluar daripada segmen-segmen ini.”
CEO MBM pula sempat mengulas bahawa A-Class (Sedan) akan diteruskan sehingga akhir hayatnya.
Barisan A-Class akan ada perubahan besar selepas generasi sekarang.
“A-Class Sedan adalah produk yang masih baru dan kami jangka ia akan terus jalinkan ikatan dengan pelanggan yang berpotensi tinggi. Portfolio kami pula tidak akan meninggalkan satu jurang pun dalam penawaran segmen terhadap pelbagai pelanggan, walaupun di masa hadapan.”
CLA dan A-Class Sedan pada masa akan datang dilaporkan bergabung, mungkin tampil sebagai EV.
Jadi, sama-sama kita tunggu akan A-Class generasi seterusnya.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.