window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta

Faisal · Sep 18, 2020 11:15 AM

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 01

Anda terpegun dengan apa yang anda lihat? Inilah McLaren 765LT 2021 yang mengagumkan. Mclaren yang dibina dengan gentian karbon ini membuat penampilan pertama di Malaysia melalui McLaren Kuala Lumpur.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 02

Disebabkan model 720S yang terdahulu dipercayai boleh mengendalikan lebih kuasa, McLaren telah menambah 45 PS pada enjin 4.0 liter V8 twin-turbo. Dengan itu, penggantinya kini menghasilkan 765 PS @ 7,500 rpm dan 800 Nm tork @ 5,500 rpm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penambahan kuasa ini diperoleh melalui pam bahan api, injap, dan gasket utama yang diambil terus daripada McLaren Senna.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 01

Enjin ini dipadankan dengan transmisi Sequential Shift Gearbox (SSG) 7-kelajuan. Seperti tradisi McLaren, kuasa dihantar ke roda belakang untuk sensasi pemanduan yang lebih seronok.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 02

Hasilnya, ia akan memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat (0.1 saat lebih pantas daripada 720S). Pecutan ke 200 km/j pula mengambil masa selama 7.2 saat. Untuk maklumat anda, pecutan ini hanya 0.4 saat lebih perlahan daripada McLaren Senna dan P1 yang terunggul.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 03

Sekiranya anda berani, ia akan kekal memecut ke kelajuan tertinggi pada 330 km/j. Dengan berat sebanyak 1,339 kg, McLaren 765LT lebih ringan daripada 720S sebanyak 80 kg.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 04

McLaren berupaya mengurangkan berat dengan penggunaan gentian karbon pada kerangka casis. Selain itu, bahagian kerusi di dalam diambil terus daripada McLaren Senna.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 05

Roda 10 jejari pula didatangkan dengan nat titanium untuk mengurangkan berat. Pada masa yang sama, roda ini dilengkapi dengan tayar Pirelli Trofeo R yang cukup mantap.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 06

Selain itu, cermin belakang dan cermin kecil di sisinya menggunakan bahan daripada polikarbonat. Pada masa yang sama, cermin hadapan dan tepi diperbuat daripada kaca yang lebih nipis. Untuk pengetahuan anda, karpet, tempat meletak lengan, dan penyaman udara tidak didatangkan sama sekali.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 07

Berbanding model sebelumnya, McLaren 765LT kini 5 mm lebih rendah dan 6 mm lebih lebar. Kadar spring juga dikeraskan sebanyak 11%. Di samping itu, ia memiliki sususan Proactive Chassis Control II daripada 720S tetapi dikemaskini untuk memberikan kawalan yang lebih tepat dan lancar.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 08

Dari segi brek, ia memiliki cakera jenis carbon-ceramic daripada McLaren Senna. Untuk maklumat anda, sistem brek ini mengambil masa selama 7 bulan untuk dihasilkan. Oleh itu, pemberhentian penuh daripada kelajuan 200 km/j hanya mengambil jarak sebanyak 110 meter.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 09

Dari segi aerodinamik, setiap lekuk, gril, dan saluran udara dihasilkan untuk memberikan lebih downforce sebanyak 25% berbanding McLaren 720S yang terdahulu.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 10

Reka bentuk badan McLaren 765LT pula dilengkapi dengan 4 ekzos titanium sepenuhnya di bahagian belakang untuk memberikan bunyi deruman dan drama yang mengasyikkan daripada enjin V8 twin-turbo.

McLaren 765LT 2021 dilancarkan di Malaysia – 765 PS & 800 Nm tork, RM 1.48 juta 11

Sekiranya anda berkenan, anda perlu menjadi diantara 765 orang yang bertuah di dunia kerana ia akan dihasilkan sebanyak itu sahaja. Dengan pasaran McLaren di Malaysia yang tidak begitu besar, pelancaran model ini hanya didatangkan dengan 10 unit. Ditambah pula dengan harga RM 1,480,000 sebelum cukai, McLaren 765LT semestinya istimewa dan cukup eksotik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda