Mekah dilanda banjir kilat, hujan lebat luar biasa sejak Selasa lalu!
Haris ยท Apr 28, 2021 11:00 AM
0
0
Beberapa kawasan di Mekah kini ditenggelami air akibat daripada banjir kilat. Punca terjadinya bencana tersebut adalah disebabkan oleh hujan lebat yang luar biasa sejak Selasa, 27 April2021.
Menurut laman astroawani, hujan lebat yang amat jarang berlaku di bahagian dunia ini telah berpanjangan sejak Asar semalam lalu menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.
Pihak berkuasa Mekah telah mengeluarkan amaran cuaca buruk yang membabitkan beberapa wilayah iaitu Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula dari Jumaat lepas. Amaran ribut petir, hujan sederhana dan angin kencang telah dikeluarkan untuk tempoh Jumaat hingga Selasa.
Selain daripada itu, terdapat juga perkongsian rakaman yang menunjukkan hujan batu di kawasan Kaabah.
Ketika ini, Arab Saudi sedang bersedia untuk menerima umat Islam yang bakal melakukan ibadah haji tetapi dalam skala kecil. Covid-19 turut memberi kesan kepada Mekah dengan kes yang direkodkan telah melangkaui 260,000 kes.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.