window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mekanik kantoi pecut Honda Civic FD gara-gara nak lari dari dikompaun PKP

Mersita · Jul 2, 2021 02:00 PM

Mekanik kantoi pecut Honda Civic FD gara-gara nak lari dari dikompaun PKP 01

Seorang lelaki yang keluar rumah tanpa sebab munasabah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 cuba untuk melarikan diri setelah bertembung dengan polis yang membuat rondaan di stesen minyak Batu Ferringhi.

Lelaki berusia 23 tahun itu memecut Honda Civic FD yang dipandunya setelah melihat kereta peronda polis di kawasan itu. Curiga dengan tindakan mengejut itu, polis mengejar saspek sejauh 13 kilometer sehingga ke Persiaran Gurney sebelum saspek berpatah balik ke Jalan Tanjung Tokong.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, saspek lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu berjaya ditahan di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tanjung Tokong pada 9.30 malam.

Siasatan mendapati lelaki terbabit tinggal di Taman Tun Sardon, Gelugor dan cuba untuk pergi ke Batu Ferringhi untuk bertemu rakannya. Ketika dalam perjalanan pulang, dia bimbang dikompaun oleh polis peronda berkenaan kerana keluar rumah melebihi radius 10 km lalu memecut keretanya dengan harapan boleh bolos.

Mekanik kantoi pecut Honda Civic FD gara-gara nak lari dari dikompaun PKP 01

Mekanik terbabit akhirnya dikenakan kompaun RM 2,000 atas kesalahan melakukan pergerakan melebihi radius ditetapkan tanpa alasan munasabah mengikut Peraturan 5(a)(i) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 dan Peraturan 18(1) PPPPB 2021.

Sumber: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda