window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mekanisme bayaran tol tanpa henti baharu akan dilaksanakan, satu lagi projek mega menyusul?

Haris · Feb 8, 2023 03:00 PM

Mekanisme bayaran tol tanpa henti baharu akan dilaksanakan, satu lagi projek mega menyusul? 01

Mekanisme pembayaran tol lebuh raya baharu iaitu sistem kutipan tol tanpa henti diumumkan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Dalam satu ciapan oleh Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya di laman twitter memberitahu bahawa rakyat Malaysia bakal menikmati sistem kutipan tol yang baharu.

Mekanisme bayaran tol tanpa henti baharu akan dilaksanakan, satu lagi projek mega menyusul? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Satu sistem kutipan tol yang baharu akan dilaksanakan iaitu sistem kutipan tol tanpa henti yang bakal direalisasikan di dalam sistem lebuhraya negara.

"Teknologi ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol yang sering dihadapi oleh pengguna jalan raya contohnya di Tol Gombak dan Duke Highway (sesak akibat plaza tol). Terima kasih pihak Lebuhraya atas taklimat hari ini." ujarnya dalam ciapan tersebut.

Baca: Tak perlu RFID pun! Indonesia CANTAS mendahului Malaysia dalam sistem kutipan tol tanpa palang

Mekanisme bayaran tol tanpa henti baharu akan dilaksanakan, satu lagi projek mega menyusul? 01

Sehubungan dengan pengumuman tersebut, Abdul Rahman turut menegaskan bahawa tiada penambahan kos kepada pengguna jalan raya apabila sistem baharu tersebut dilaksanakan.

"Apa yang pasti pengenalan sistem baharu ini tidak akan melibatkan penambahan kos kepada pengguna mahupun kenaikan tol pada mana-mana lebuhraya.Pihak KKR melalui LLM juga telah membuat analisa penuh mengenai kaedah terbaik perlaksanaan ini.

"Kementerian Kerja Raya sentiasa mencari kaedah terbaik demi memberi keselesaaan kepada pengguna jalan raya dan dapat meneruskan perjalanan dengan selamat ke destinasi yang dituju." tambahnya.

Mekanisme bayaran tol tanpa henti baharu akan dilaksanakan, satu lagi projek mega menyusul? 02

Sistem MLFF sudah mula diuji di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini memberitahu bahawa kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan sistem plaza tol tanpa palang yang dikenali sebagai Multi Lane Free Flow (MLFF) menjelang tahun 2025.

Pada ketika itu, kaedah pembayaran yang dicadangkan adalah menggunakan RFID sepenuhnya lantas menjadikan peranti SmartTAG (yang turut dipasang pada kenderaan model Perodua dari kilang) tidak boleh digunakan menjelang tempoh tersebut.

Baca: Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda