window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda?

Zamil Syaheer ยท Sep 19, 2021 10:00 AM

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 01

Kalau anda perasan, trak komersial berat mempunyai beberapa cermin di beberapa bahagian yang diletakkan secara strategik untuk menghilangkan titik buta, tetapi adakah anda tahu apa yang sebenarnya dilihat oleh pemandu?

Terdapat sekurang-kurangnya tiga cermin di bahagian penumpang (sebelah kiri bagi negara Malaysia) di bahagian kabin lori.

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cermin tengah yang besar berfungsi sebagai cermin sisi pada sebuah kereta dan menunjukkan pandangan disebelah kiri lori.

Cermin lain yang terletak di bawah cermin sisi menunjukkan kawasan kiri depan bawah kabin lori. Manakala cermin yang terakhir sekali diletakkan di titik tertinggi membolehkan pemandu melihat secara terus bahagian di depan kabin.

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 01

Sekarang setelah anda mengetahui apa yang dilihat oleh pemandu daripada tiga cermin ini, anda (pemandu biasa) boleh menggunakan cermin ini untuk membantu anda di jalan raya.

Pertama sekali, kita perlu memahami di mana tempat buta di sekitar trak komersial yang berat. Semua kereta mempunyai titik buta, malah bagi kereta sekecil Perodua Axia. Kawasan titik buta bergantung pada saiz kenderaan tersebut.

Juga baca: Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda?

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 02

Imej dari Volvo Malaysia

Dengan tiga cermin ini, pemandu akan dapat melihat kawasan ini dengan lebih baik. Tetapi perlu diingat bahawa cermin tidak akan menghilangkan kesemua titik buta.

Imej di bawah diambil dari sudut pandang pemandu dan menunjukkan kepada kita apa yang dilihat oleh pemandu lori dari cermin. Semasa memandu di sebelah lori, cuba letakkan kereta anda di tengah-tengah agar anda boleh dilihat dengan jelas, dan kekal berada di posisi ini jika anda tiada pilihan. Jika anda terlajak sedikit ke depan, anda akan hilang dari pandangan pemandu.

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 03

Sekiranya anda berjalan kaki atau menunggang motosikal, sekiranya anda terpaksa berada dekat dengan trak komersial, pastikan anda terpantul di cermin.

Tetapi ketiga-tiga cermin ini bukanlah 100% selamat, dan anda digalakkan untuk meminimumkan dan mengelakkan daripada berada di titik buta lori sebanyak mungkin. Ini kerana mungkin ada kalanya pemandu memberi tumpuan semasa memandu dan tidak memeriksa cerminnya.

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 04

Gambar ini menunjukkan kepada kita mengapa cermin yang terletak di titik tertinggi diperlukan

Anda mungkin tertanya-tanya, dengan penggunaan kamera yang banyak pada kereta, mengapa pengeluar trak masih menggunakan cermin dan tidak menggunakan kamera sepenuhnya.

Senang cerita, pengeluar kenderaan berat ingin memasang kamera, tetapi maklum balas daripada pemandu lori membuktikan bahawa cermin masih lagi kaedah yang paling berkesan.

Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda? 05

Para pemandu memberitahu pengeluar kenderaan bahawa agak leceh untuk melihat dan menukar pandangan kamera. Cermin pula - anda hanya perlu sekilas pandang sahaja.

Walau bagaimanapun, pengeluar kenderaan tidak menolak peralihan ke penggunaan kamera sepenuhnya satu hari nanti. Jurutera kini sedang berusaha untuk menggabungkan kamera, sensor, dan fungsi amaran lain untuk menggantikan cermin satu hari nanti.

Juga baca: (Video) Perodua Myvi remuk teruk, lori rempuh 7 kereta di lampu isyarat Jalan Ipoh, KL

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda