window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu?

Mersita · Jun 30, 2020 03:36 PM

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 01

Satu artikel daripada fortune.com pada tahun 2016 mengatakan yang 90% daripada jangka hayat kereta adalah dalam keadaan parkir. Betulkah kenyataan ini? Katakanlah, walaupun anda memandu 2 jam sehari, itu hanya merangkumi 8.3% daripada 24 jam sehari. Masih ada 91.7% masa yang tinggal.

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 02

Tip pakar: Parkir dengan empat-empat tayar sekali, ya.

Jika anda memandu kereta automatik, anda perlu mengalihkan transmisi pada “P” dan tarik brek tangan atau brek parkir untuk memparkir kereta. Walaubagaimanapun, ada dua jenis manusia yang melakukan perkara ini dalam turutan berbeza. Ada yang beralih ke “P” terlebih dahulu, selepas itu barulah menarik brek tangan. Manakala, yang sebahagiannya lagi gemar menarik brek tangan dahulu, dan barulah mengalih gear ke “P”.

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 03

Betapa terernya anda masuk parkir sisi?

Ini menimbulkan persoalan; ada betul dan salah ke dari segi turutan ini?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jawapannya, ya. Lebih kurang la.

Tiada perbezaan bila kereta diparkir di atas permukaan rata. Walaubagaimanapun, apabila memparkir kereta di permukaan cerun atau membukit, anda mungkin perasan yang ada bunyi “klak!” apabila beralih ke “P”.

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 01

Bunyi apa tu?

Itulah bunyi ‘parking pawl’ kereta anda yang sedang berusaha untuk bergerak membolosi transmission output shaft.

Apa itu ‘parking pawl’?

'Parking pawl' ialah pin atau kunci pada output transmisi.

Apabila anda beralih ke “P”, 'parking pawl' akan terpasang dan mengunci output shaft atau aci transmisi anda. 'Pawl' tersebut akan dilepaskan apabila anda beralih ke “P”.

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 02

Memasang dan melepaskan parking pawl pada kereta Ford

Apabila anda beralih ke “P” terlebih dahulu, mengangkat kaki anda daripada brek kaki, kemudian memasang brek parkir – berat kereta tersebut ditampung oleh seketul besi kecil yang kita panggil 'parking pawl'. Bunyi macam menakutkan, bukan? Memang tak elok pun. Apabila anda buat sebegini, anda akan mendengar bunyi “klak” yang tak sedap didengar apabila beralih ke “P” nanti.

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 03

Parking pawl yang rosak. Gambar daripada wildcatforums

Salahkah jika kita biarkan berat kereta ditampung oleh parking pawl?

Dipendekkan cerita, 'parking pawl' boleh patah. Ia mungkin tak nampak penting, tetapi alat kecil yang boleh rosak ini boleh bikin stres bila nak betulkan nanti. Cebisan besi yang rosak ini nanti boleh tersekat di antara bahagian-bahagian penting pada sistem transmisi anda.

Kadang-kadang, anda mungkin perasan yang ada orang gemar beralih ke “P” semasa menunggu lampu isyarat. Ini bukanlah satu tabiat yang sihat.

Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu? 04

Oleh itu, bagaimana untuk mengelakkan bunyi “klak!” tersebut?

Amalkan langkah-langkah ini semasa memparkir kereta anda di cerun atau jalan membukit.

1. Hentikan kereta sepenuhnya.

2. Tahan brek kaki.

3. Alih gear ke “N”.

**Pada tahap ini, berat kereta ditahan dengan brek kaki.

4. Pasang brek parking atau tarik brek tangan.

5. Angkat kaki anda dari brek kaki.

**Sekarang, keseluruhan berat kereta berada pada brek parkir pula.

6. Pijak brek kaki (untuk mengelakkan kereta terundur).

7. Beralih ke “P”.

8. Angkat kaki dan lepaskan brek kaki.

**Kini, keseluruhan berat kereta anda berada di brek parkir manakala 'parking pawl' pula berfungsi sebagai penyelamat atau ‘fail-safe’ jika brek parkir tidak berfungsi.

Pendek kata, adalah lebih molek lagi elok jika anda biarkan berat kereta anda berehat di atas brek parkir berbanding 'parking pawl' (terutamanya di jalan membukit). Anda pasti tak mahu kedengaran bunyi 'parking pawl' patah dalam transmisi kereta anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda