window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang!

Mersita · Feb 25, 2021 05:28 PM

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 01

Honda Malaysia baru saja merasmikan Kempen “1 Million Dreams” hari ini bagi meraikan perjalanan mereka mencapai jualan kesejuta unit. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan mereka kepada pelanggan di Malaysia, Honda Malaysia membuka peluang bagi anda untuk memenangi tujuh model Special Edition iaitu Honda Jazz, City serba baharu, BR-V, HR-V, Civic, CR-V baharu, dan juga Accord!

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 02

Model-model Special Edition bagi kempen ini didatangkan dalam rekaan istimewa dengan perincian unik, membuatkannya unit model lain daripada yang lain di Malaysia. Pemenang bertuah pastinya akan tampak menonjol di jalan raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rupa luaran unit istimewa ini mempunyai kemasan warna dwi-tona, bahagian hadapan dengan kemasan merah, garisan merah yang ‘sporty’ di cermin sisi, rim aloi hitam dengan kemasan merah, serta 1 Million Dreams Signature Emblem di kedua-dua fender hadapan kereta tersebut.

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 01

Ruang dalamannya juga ditambah dengan perincian jahitan dan garisan merah di stereng serta perehat kepala dengan lapik kulit dengan ‘embossed’ 1 Million Dreams. Setiap model unik ini juga akan didatangkan dengan sarung kunci kulit edisi istimewa.

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 02

Tambahan pula, sebagai tanda penghargaan kepada ‘frontliners’ kita, Honda Malaysia akan memperuntukkan salah satu daripada tujuh model istimewa ini khas untuk dimenangi oleh ‘frontliner’ sepanjang kempen ini berlangsung!

Selain dari itu, hadiah bernilai 1 juta ‘Shopee coins’ juga boleh dimenangi oleh 150 pemenang bertuah setiap minggu. Hadiah bernilai 5 juta ‘Shopee coins’ boleh dimenangi sepanjang kempen ini berlangsung!

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 03

Nak menang? Mudah saja. Ikuti mana-mana 6 aktiviti mudah untuk dapatkan seberapa banyak entri bagi meningkatkan peluang anda untuk memenangi salah satu model Special Edition ini serta hadiah-hadiah menarik lain:

  • Muatnaik aplikasi mudah-alih HondaTouch dan daftar
  • Main kuiz ‘1 Million Dreams Quiz Game’ di laman sesawang rasmi Honda Malaysia
  • Pandu-uji kereta Honda, tempah kereta Honda baharu, servis atau baiki kereta Honda, serta daftar kereta Honda baharu sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 04

Cara lain untuk dapatkan peluang menang hadiah-hadiah ini termasuklah membeli produk terpilih Beyond Standards CUCKOO atau tilam A-Series CUCKOO pada bulan Mac, bermain Shopee Lucky Prize di dalam aplikasi Shopee, serta membuat pembelian melebihi RM 50 dalam satu resit di mana-mana cawangan Watsons atau atas-talian bagi pemegang kad ahli Watsons.

Pemenang akan diumumkan pada Grand Finale yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2021. Peraduan bermula hari ini, 25 Febuari hingga 24 Mac 2021.

Menangi 7 model Special Edition Honda, frontliners lebih tinggi peluang untuk menang! 05

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda