window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan?

Faisal · Sep 25, 2020 06:31 PM

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 01

Setiap jenama mempunyai identiti tersendiri. Begitu juga dengan BMW dimana ia mempunyai identiti unik yang dikenali sebagai “kidney grille” (gril buah pinggang). Melewati arus pemodenan, gril hadapan yang berbentuk seperti sepasang buah pinggang ini telah mengalami perubahan bagi mengekalkan impak dalam pasaran.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 02

Cerita hangat yang diperkatakan baru-baru ini ialah gril hadapan pada BMW M3 dan M4 yang baru. Sesetengah pihak berpendapat bahawa gril yang berdiri tegak ini menyakitkan mata terutama pada BMW M3. Pada pendapat kami pula, ia kelihatan cukup garang dan bersesuaian dengan kenderaan berprestasi seperti ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 01

Melewati sejarah permotoran, BMW memulakan industri pembuatan kereta pada tahun 1928 melalui BMW 3/15 dimana ia merupakan saudara kembar kepada Austin 7. Pada tahun 1933, BMW memperkenalkan gril kidney pada BMW 303.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 02

Sejak daripada itu, semua model BMW memperlihatkan sentuhan reka bentuk ini. Pada tahun 50-an, gril kidney berkembang menjadi lebih tinggi untuk mengikuti trend reka bentuk semasa seperti BMW 502. Gril ini kemudiannya direka bentuk untuk kelihatan lebih melintang pada BMW 507.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 03

Pada tahun 60-an, perubahan pada reka bentuk kenderaan menyaksikan gril BMW yang semakin kecil untuk projek BMW yang dikenali sebagai “New Class”. Gril kidney yang cukup menarik ini turut digunakan oleh supercar BMW M1 pada tahun 70-an dimana ia turut berfungsi sebagai corong penyejuk enjin.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 04

Pada tahun 80-an, gril kidney telah menjadi keistimewaan BMW kerana ia cukup dikenali dan digemari ramai. Ketika itu, model seperti M3 E30 turut menerima reka bentuk gril yang sama dimana ia cukup sederhana dan menarik. Pada masa yang sama, BMW pada era ini juga memiliki elemen lampu kembar di hadapan.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 05

Pada tahun 90-an, gril kidney kelihatan cukup serasi dengan garisan moden yang lebih halus dan reka bentuk yang lebih bulat dan melengkung seperti BMW Z3, 3 Series E46, 8 Series E31, dan 5 Series E39.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 06

Menariknya, Chris Bangle yang mereka bentuk BMW pada era 2000-an telah mengubah keseluruhan falsafah reka bentuk BMW dimana ia pernah menjadi kontroversi seperti yang dialami oleh BMW ketika ini.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 07

Sebagai contoh, gril kembar ini telah bersambung. Ia kini hanya dipisahkan di bahagian tengah untuk mengekalkan reka bentuk buah pinggang yang cukup ikonik.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 08

Selain itu, BMW 7 series G11 yang telah dikemaskini menerima peningkatan saiz yang ketara seperti yang terdapat pada BMW X7.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 09

Sejujurnya, gril kidney yang besar kelihatan lebih bersesuaian dengan SUV tetapi untuk sedan, ia kelihatan kurang serasi. Walaupun reka bentuknya cukup menyerlah, ia sukar untuk diterima oleh ramai.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 10

Hal ini terbukti sehingga terdapat gurauan dalam alam maya mengenainya. Di samping itu, gril kidney pada BMW 1 Series F40 kelihatan seperti BMW 3 Series G20 yang digemukkan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa BMW 8 Series dan Z4 adalah antara BMW yang paling cantik pernah dihasilkan walaupun tidak kelihatan begitu menyerlah.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 11

Reka bentuk BMW yang terkini seperti 4 Series, M3, dan M4 telah menimbulkan kontroversi yang cukup hangat sejak BMW 7 series E65. Gril kidney yang sepatutnya melengkapi rupa paras keseluruhan kini lebih tertumpu kepada rupa paras hadapan semata-mata.

Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan? 12

Oleh demikian, industri automotif telah menerima pelbagai debat dan pertikaian akan arah tuju reka bentuk BMW sama ada ke arah yang lebih menarik atau ingin menyerlah semata-mata? Hanya masa yang dapat menentukan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda