window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting

Zamil Syaheer · Aug 17, 2020 02:40 PM

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 01

Minggu lepas, rakan saya Mersita menulis sebuah rencana yang mengatakan dunia tidak perlu kereta dengan transmisi manual. Sebagai seorang peminat pemanduan, saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau dan dengan bersemangatnya menulis rencana ini bagi menyatakan pendapat saya.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 02

Secara azalinya, saya menyedari akan tahap kemajuan dunia otomotif dan perlunya untuk kita kekal maju kehadapan dalam. Kereta elektrik dan pemanduan autonomi memang bakal menggantikan apa yang kita sudah biasa lakukan, kerana kemungkinan besar kedua jenis kereta tidak akan datang dengan transmisi manual.

Ini tidak dapat dielakkan, tetapi itu tidak bermaksud saya harus menyukainya. Saya ingin terus berada di 'sekarang' dan menghargai transmisi manual sementara pengeluar kereta masih lagi memberi pilihan ini. 

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mungkin ada yang menuduh saya sebagai kolot, tetapi saya tidak kisah. Lagipun, kereta harian dan kereta hujung minggu saya kedua-duanya manual, dan tiada lagi perasaan yang lebih seronok apabila anda menggunakan kaki kiri anda untuk menekan klac sambal menukar gear.

Inilah sebab mengapa masih panjang lagi umur kotak transmisi manual di dunia kita yang sementara.

Mudah/Boleh dipercayai

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 01

Tiga pedal dan tombol gear, macam Happy Meal!

Tiga pedal dan tombol gear. Resipi paling mudah dan kekal sebegitu sejak transmisi manual pertama diperkenalkan di dalam sebuah kereta. Sudah tentu transmisi manual ‘synchromesh’ yang direka lebih mudah untuk dipandu, tetapi asas mekanikal kotak ini telah sama sepanjang sejarah umat manusia dan akan tetap sama pada masa akan datang. Dengan manual, ianya sebuah evolusi dan bukannya revolusi.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 02

Imej dari Training Systems Australia.

Ini bermaksud, transmisi manual mudah dikendalikan dari sudut penyelenggaraan. Anda tidak memerlukan alatan khas mahupun kemahiran yang tinggi untuk penjagaan atau membaikinya. Kerana reka bentuknya yang tidak rumit, ia juga biasanya lebih ringan.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 03

Berbanding dengan transmisi automatik generasi terkini semasa yang semakin kompleks dan sarat dengan teknologi, dan anda dapat melihat ke mana arah ini. Transmisi manual dapat dipandu dengan senang hati selama beberapa tahun dan masih boleh dipercayai. Saya tidak pasti saya boleh mengatakan perkara yang sama mengenai kotak automatik yang lebih baru.

Relevan

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 04

Ferrari 575M dengan transmisi manual 'open-gate', seksi oi!

Saya masih berasa teruja ketika melihat Ferrari 575M Maranello dengan tombol gear open-gate yang amat seksi. Kereta sport Jepun yang legenda seperti Honda S2000, Mazda RX-7 FD3S, Nissan Skyline R34 GT-R, dan Toyota Supra A80 sebilangan besarnya datang dengan transmisi manual, dan kereta-kereta ini masih relevan sekarang seperti dulu.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 05

Apa persamaan mereka? Transmisi manual!

Masa kini pula, kereta seperti Honda Civic Type R FK8, Toyota 86/Subaru BRZ, dan Mazda MX-5 hanyalah sebilangan yang masih memperjuangkan penggunaan transmisi manual hari ini. Ini kerana masih ada orang yang akan membelinya walaupun permintaan terhadap transmisi manual semakin berkurangan.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 06

Kawalan

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 07

Kerap kali saya jumpa ramai peminat pemanduan berbicara tentang pentingnya kawalan ketika di belakang stereng, tetapi apakah definisi kawalan yang sebenar? Bayangkan, saya sedang memandu kereta dengan transmisi automatik dan mengambil selekoh di dalam sirkit pada gear ke-3.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 08

Tidak ada penukaran gear secara tidak sengaja di sini.

Sampai saja ke garisan merah (redline), transmisi ini akan menukar gear secara automatik walaupun dalam mod' manual! Dan ya, ini biasa terjadi baik pada penukaran gear naik dan turun (di mana TCU tidak membenarkan saya melakukan penukaran gear dengan cepat untuk 'melindungi' enjin).

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 09

Sepatutnya, sayalah yang membuat keputusan bila saya mahu menukar gear. Saya tidak memerlukan program komputer untuk menentukan gear mana yang harus saya masuki.

Ia akan mengajar pemandu manual untuk lebih peka dengan titik pertukaran gear di keretanya. Jadi, mod 'manual' dalam transmisi automatik anda hanyalah ilusi kawalan.

Penglibatan / Kepuasan

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 10

Mazda MX-5: Tak laju tapi cukup seronok!

Sejak beberapa tahun yang lalu, dunia automotif menjadi terlalu obses dengan masa terpantas di litar, kelajuan masa penukaran gear dan pengeluar mana yang ada kereta dengan kuasa kuda dan tork yang tinggi.

Transmisi manual adalah antitesis dari obsesi ini. Anda tidak perlu memandu dengan laju untuk mendapatkan kepuasan dari kotak manual.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 11

Oleh itu, sementara kereta yang dilengkapi dengan transmisi dwi-klac (DCT) meninggalkan saya di belakang, saya konfiden bahawa keseronakkan dan kepuasan yang saya dapat adalah jauh lebih tinggi. “Aku tak laju, tapi kisah apa?”.

Konklusi

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 12

Saya akan tetap menggunakan kereta dengan tiga pedal di masa depan selagi kaki kiri saya mengizinkannya. Itu kerana saya tahu dalam masa 10 tahun datang, kereta manual masih memberikan senyuman lebar ke wajah saya.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 13

Sebuah kereta yang dilengkapi DCT atau automatik biasa? Pasti akan ada transmisi yang lebih baru, pantas, cekap, dan lagi hebat di tempatnya dalam 10 tahun akan datang. Manual? Mereka ‘evergreen’ dan akan kekal sama sekarang hingga selama-lamanya.

Mengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting 14

Saya tahu peminat kereta selalu je nak kereta manual tapi bukan beli pun. Sementara transmisi manual masih ada, nikmati setiap penukaran gear, setiap tendangan klac, dan putaran enjin tanpa sebarang gangguan dari komputer.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda