window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu!

Zamil Syaheer · Jul 11, 2021 11:59 AM

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 01

Pada akhir 80an dan awal 90an, ekonomi Malaysia tumbuh sekitar 8% setiap tahun. Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton, mempunyai pelan untuk memperkenal sebuah sedan segmen D yang lebih besar dan mewah setelah pelancaran Proton Saga (segmen B) dan Proton Wira (segmen C), masing-masing pada tahun 1985 dan 1993.

Dengan erti kata lain – Proton mahu mendominasi kesemua segmen bagi stail badan sedan yang begitu popular pada masa itu.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 01

Akhirnya, pada 26 Januari 1995, Proton Perdana telah dilancarkan oleh Perdana Menteri keempat pada masa itu, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Y.Bhg. Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Proton Perdana menjadi kereta pertama di Malaysia yang bersaing di sedan segmen D. Proton Perdana bersaing dengan Toyota Camry, Honda Accord dan Nissan Cefiro.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 02

Ini merupakan produk ketiga yang dikembangkan di bawah kerjasama Proton dengan Mitsubishi Motors. Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu GLi, SEi, dan XLi.

Ia dibina atas platform Mitsubishi Eterna generasi ketujuh dan berkongsi pelbagai komponen dengan Eterna (pasaran JDM), dengan sedikit perubahan dalaman dan luaran untuk pasaran Malaysia.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 03

Proton Perdana menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder 16-injap 4G63 MPI yang mampu menghasilkan 135 PS pada 6,000 rpm dan 176 Nm tork pada 4,750 rpm.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 04

Pada mulanya Perdana ditawarkan dengan pilihan transmisi automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan, tetapi varian manual dihentikan pada tahun 1996.

Perdana mempunyai tahap koefisien seret yang sangat rendah, iaitu 0.29 sahaja. Ini meningkatkan kecekapan bahan bakar, dan membolehkan Perdana mencapai tahap kelajuan maksima sekitar 200 km/j.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 05

Perdana juga menjadi kereta pertama Proton yang ditawarkan dengan sistem brek anti-kunci (ABS), kawalan pelayaran, dan antara Proton terawal yang dilengkapi dengan tingkap berkuasa di keempat-empat pintu, cermin sisi berkuasa dan sistem ‘levelling’ bagi lampu depan.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 06

Dengan permulaan harga RM 85,000 yang jauh lebih murah dari pesaingnya, permintaan untuk Proton Perdana melonjak tinggi, sehingga ada enam bulan tempoh menunggu.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 07

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 08

Malah, terdapat laporan mengenai unit Perdana terpakai yang agak baru dijual dengan harga 12% lebih tinggi, sekitar RM 95,000. Disebabkan ini, Proton berjaya menguasai 47% daripada segmen 2,000cc dan ke atas dalam pasaran domestik, dengan 9,000 unit terjual selama 14 bulan.

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 09

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu! 10

Pada tahun 1997, Perdana diberi sedikit ‘facelift’ dengan gril berlapis krom, rim yang semula, serta pilihan warna tambahan dan hiasan dalaman yang dinaiktaraf.

Sumber imej: Jabatan Penerangan

Juga baca: 

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu!

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu!

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga Iswara – 15 Ogos 1992, 29 tahun lalu!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda