window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS!

Khairil ยท May 28, 2021 05:00 PM

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 01

Tak dapat dinafikan populariti skuter dengan gaya 'Adventure' atau ADV berterusan meningkat ketika ini. Ia bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Terbaharu di pasaran negara Uncle Sam, Amerika Syarikat, Yamaha tampil menaiktaraf skuter dengan gaya ADV terbaharunya, Yamaha Zuma 125 (2022).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 01

Jika model Yamaha Zuma 125 terdahulu di mana gaya ADV itu tidak begitu jelas kelihatan, model terbaharu ini bukan saja mengalami perubahan dari sudut reka bentuk, malah ciri-ciri mekanikalnya turut didakwa dipertingkatkan.

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 02

Berbalik kepada reka bentuk, seperti skuter ADV lain, Yamaha Zuma 125 (2022) ini tampil dengan reka bentuk yang berbeza terutama di bahagian depan membabitkan lampu depan yang berbentuk bulat dan fender 'itik' yang panjang.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Ia juga tampak lebih gagah dengan jarak lega bumi yang lebih tinggi. Bagi meningkatkan lagi ciri-ciri ADV itu, ia menggunakan tayar berbunga tebal yang mempunyai keupayaan meredah laluan off-road ringan.

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 03

Untuk Yamaha Zuma 125 (2020) di AS, ia dibekalkan dengan tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang).

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 04

Dari sudut trenkuasa, ia turut mendapat kemaskini daripada model sebelumnya. Ia masih menggunakan enjin 125 cc (yang mungkin digunakan Yamaha Solariz), BlueCore, 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair bersama teknologi VVA dan dipadankan dengan transmisi automatik V-Belt.

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 05

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang. Sistem brek pula menggunakan brek cakera tunggal 245 mm dengan kaliper 2-piston di depan dan brek cakera tunggal 230 mm dengan kaliper piston tunggal di belakang.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 06

Seperti motosikal moden lain, panel meter yang diberikan ialah jenis LCD digital. Turut dilengkapi ialah pengecas USB-A manakala kapasiti simpanan bawah pelana yang besar dan mampu memuatkan sebuah helmet. Ciri-ciri lain ialah ia mempunyai kapasiti bahan api 6.1 liter dan berat 128 kg.

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 07

Matte Black

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 08

Team Yamaha Blue

Di pasaran AS, ia datang dengan dua pilihan warna iaitu Team Yamaha Blue (biru) dan Matte Black (hitam).

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 09

Tetapi, jangan diharap ia dijual pada tanda harga yang murah kerana di pasaran sana, harga jualannya bermula AS$ 3,699 atau kira-kira RM 15,297 mengikut tukaran semasa.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Sebagai info, skuter ini turut dijual di pasaran Taiwan dan dikenali sebagai BWS 125.

Mengujakan, pesaing skuter Honda ADV 150, Yamaha Zuma 125 (2022) di pasaran AS! 10

Justeru, kepada persoalan adakah ia akan dipasarkan di rantau ini termasuk Malaysia? Kemungkinannya memang ada jika melihat kepada populariti skuter ADV ketika ini. Dan kepada pengguna, teruskan bersabar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda