window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022

Khairil ยท Nov 13, 2021 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan berbaki kurang dua minggu sebelum pameran berprestij itu berlangsung, satu perkembangan menarik itu dilakukan jenama Itali namun milik China (QJ Motor) itu dengan menyiarkan video acah atau 'teaser' model terbaharu berkenaan.

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022 01

Dengan model Benelli TRK 502 menjadi antara model Adventure terlaris di pasaran ketika ini, ramai yang menantikan kelibat 'abangnya' yang lebih berkuasa.

Juga baca: Benelli tingkat persaingan, 'abang' TRK502, TRK702 sedia dijual di China!

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022 02

Sekalipun Benelli TRK 702 sudah pun dilancarkan di China, ia bukanlah model yang dicanang akan mencabar model popular seperti KTM 790 Adventure, Yamaha Tenere 700 dan Aprilia Tuareg 660. Tugas itu diserahkan Benelli kepada TRK 800.

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022 03

Berdasarkan video acah yang dimuat naik di laman Youtube rasmi dan berapa lagi platform media sosial Benelli itu, dapat dilihat yang TRK 800 sememangnya bakal tampil dengan rekaan dengan konsep yang tidak jauh berbeza berbanding TRK 502 mahupun TRK 702.

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022 04

Sebagai model yang bakal dilancarkan di EICMA, TRK 800 direka oleh pereka dari Itali itu masih mengekalkan ciri-ciri maskular dengan sisi tajam dan tambahan beberapa elemen premium.

Juga baca: Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225!

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022 05

Begitupun, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi trenkuasa atau teknologi yang dipadankan kepada jentera berkenaan.

Namun dari sudut trenkuasa, Benelli TRK 800 dikatakan bakal menggunakan dengan enjin bersesaran 754 cc yang turut digunakan model Leoncino 800 dan 752S.

Juga baca: Rebiu pemilik: Benelli TRK502X V2, 'tak berat', ia sahabat karib saya!

Menjelang EICMA 2021, Benelli kongsi video 'teaser' TRK 800 2022 06

Seperti TRK 502, TRK 800 juga berkemungkinan dibina dalam dua varian untuk tunggangan lasak dan juga harian dengan set roda yang berbeza. Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan saja pada 23 November ini untuk pelancaran 'Global Premiere' Benelli TRK 800.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda