window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menteri Besar Perak tukar Toyota Camry kepada Lexus ES

Haris · Jun 24, 2020 02:39 PM

Menteri Besar Perak tukar Toyota Camry kepada Lexus ES 01

Baru-baru ini, Menteri Besar negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telahpun menukar kereta rasmi beliau daripada Toyota Camry kepada Lexus ES sedan.

Kereta baru tersebut dilihat ketika beliau melawat SMK Methodist (P) and SMJK Sam Tet untuk pembukaan sekolah pada hari ini (24 Jun).

Apabila ditanya oleh pihak wartawan, Ahmad Faizal manjawab bahawa kereta Toyota Camry lama beliau telah pun diberikan kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri untuk digunakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menteri Besar Perak tukar Toyota Camry kepada Lexus ES 01

"Kita mendapat potongan harga antara RM40,000 hingga RM50,000 untuk kereta tersebut yang didaftarkan pada tahun 2019. Kereta ini pada mulanya berharga sekitar RM300,000 tetapi kami telahpun mendapatkannya sekitar RM200,000. Kereta itu milik kerajaa dan kita juga masih mampu membeli kereta itu," ujar Ahmad Faizal sekali lagi.

Toyota Camry yang dibekalkan kepada kerajaan Negeri Perak telahpun dibeli pada bulan Mac tahun lepas. Sebanyak 16 buah unit Toyota Camry telah dibeli oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan pada ketika itu.

Menteri Besar Perak tukar Toyota Camry kepada Lexus ES 02

Lexus ES

Faizal turut menambah bahawa sebuah Toyota Camry telahpun dibeli oleh Datuk Rohana Abd Malek yang merupakan penasihat undang-undang kerajaan negeri yang baru sahaja bersara Disember tahun lepas.

"Beliau yang minta untuk beli. Beliau adalah penasihat undang-undang kami yang paling lama berkhidmat, jadi kami pun setuju. Tetapi, beliau masih perlu membelinya dengan harga lebih daripada RM100,000. Walaupun begitu, harga tersebut sedikit lebih murah berbanding membelinya dari luar," kata Ahmad Faizal.

Menteri Besar Perak tukar Toyota Camry kepada Lexus ES 03

Toyota Camry

Faizal juga mengatakan bahawa kerajaan negeri sedang merancang untuk menjual beberapa kenderaan lain yang tidak lagi digunakan.

"Kami akan membuka tender untuk menjual beberapa kereta termasuk beberapa model Mercedes Benz S Class," tambah beliau lagi.

Sumber berita: The Star

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Lexus ES 250 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda