window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi

Mersita ยท Oct 28, 2021 09:00 AM

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 01

Pengecualian 10 peratus cukai jualan dan servis (SST) sedia ada untuk kereta penumpang baru dan dipasang tempatan di Malaysia akan berakhir selepas 31 Disember 2021. Sama juga dengan kereta penumpang import yang dikenakan diskaun cukai 50 peratus, menjadikan SST-nya 5 peratus saja. Pembeli yang mendaftarkan kereta mereka pada 1 Januari 2022 dan seterusnya terpaksa membayar SST, tanpa mengira tarikh mereka menempah kenderaan masing-masing.

Dalam situasi normal, perkara ini sudah tidak mengejutkan lagi kerana cukai akan sentiasa ada, dan pengecualian itu hanyalah sementara.

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, kita sekarang berdepan dengan situasi abnormal dan disebabkan oleh kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global, kebanyakan kilang-kilang pembuatan kereta terpaksa mengurangkan kadar penghasilan mereka. Pengecualian cukai ini pula tidak begitu membantu dalam memacu industri otomotif tempatan sebanyak yang boleh.

Walaupun potongan atau diskaun cukai jualan ini membantu meningkatkan jualan kereta baru tahun lalu, sebahagian besar momentum yang dikumpul pasaran telah hilang disebabkan oleh kekurangan bekalan semikonduktor. Ramai pembeli model-model popular seperti Perodua Myvi dan Proton X50 sudah menunggu lebih 6 bulan untuk menerima kereta masing-masing.

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 01

Dengan ketiadaan stok kereta untuk diberi kepada pelanggan, para pengedar tersekat dalam situasi sukar walaupun kini mereka boleh meneruskan semula operasi dengan mengikut SOP.

Jualan kereta baru di Malaysia (unit)
Tahun Jan - Sept Jumlah
2019 442,991 604,287
2020 344,019 529,434
2021 318,874 500,000
(ramalan)

Setakat bulan September 2021, jumlah kumulatif jualan kereta baru turun 7 peratus kepada 318,874 unit sahaja, berbanding 344,019 unit pada bulan sama tahun 2020.

Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan tahun 2019 sebelum pandemik diumumkan, jualan turun hampir satu pertiga – 28 peratus dari 442,991 unit.

Jika tujuan potongan atau diskaun SST adalah untuk meningkatkan pembelian dan memacu pemulihan bagi industri otomotif tempatan, ini bermaksud langkah pemotongan cukai ini tidak mencapai objektifnya.

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 02

Pada bulan lalu, Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp, memberitahu WapCar.my yang pengecualian cukai jualan tersebut telah membawa kepada pemulihan serta merta pada situasi amat negatif dalam jualan, bukan saja untuk Mercedes-Benz namun untuk industri kereta Malaysia secara keseluruhannya.

“Ia benar-benar telah membantu industri ini untuk bertahan ketika fasa ini. Sokongan ini amat dialu-alukan bagi membantu meningkatkan keyakinan konsumer. Sememangnya setakat ini, kami jangka pengecualian cukai jualan ini akan sah sehingga hujung tahun ini. Kami pastinya akan mengalu-alukan pelanjutan sehingga ke tahun hadapan.

“Jika anda kaji keseluruhan situasi ekonomi di negara ini, besar kemungkinan gambaran sebenar hanya akan nampak ketara pada tahun hadapan, apabila keadaan mula kembali normal semula. Oleh itu, dari perspektif ini, pelanjutan (pengecualian cukai) amat dialu-alukan bagi mengekalkan momentum tersebut memandangkan kini bilik-bilik pameran mula dibuka semula.

“Ini ialah posisi kami, oleh itu kami akan tunggu dan lihat bagaimana Kementerian Kewangan akan buat keputusan,” ujar Jopp.

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 03

Namun, tolak tepi pembeli Mercedes-Benz yang kaya-raya. Pembeli kereta-kereta biasa seperti Honda City atau Perodua Myvi sepatutnya sekurang-kurangnya boleh menerima kereta mereka pada harga yang sudah dijanjikan.

Pembeli-pembeli ini sudah membayar deposit untuk kereta mereka berdasarkan harga dikecualikan SST. Namun, masalah dihadapi sekarang dalam rantaian pembekal yang membawa kepada kelambatan penghantaran kereta pelanggan bukanlah sesuatu yang syarikat kereta atau pengedar boleh selesaikan sendiri.

Jika para pembeli ini masih tidak menerima kereta mereka dalam tahun ini dan diminta untuk membayar lebih nanti, kebanyakan pembeli yang berakal akan batalkan saja tempahan mereka. Dengan keadaan yang menekan masa kini, perkara ini boleh mengakibatkan kesusahan logistik bagi syarikat-syarikat kereta.

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 04

Seorang jurucakap dari Honda Malaysia berkata, “Honda Malaysia amat berterima kasih atas usaha kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga Disember 2021. Kami berharap yang pihak kerajaan akan mempertimbangkan pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan ini, dimana kami percaya yang ia akan membantu ramai rakyat Malaysia untuk membeli kereta dengan penjimatan ekstra dan pada masa sama meningkatkan ekonomi melalui industri otomotif dengan jualan kereta baru.

“Kami komited untuk memperkenalkan model-model baru bagi memeriahkan pasaran dan pada masa sama untuk terus menyokong kerajaan menuju ke pemulihan ekonomi.”

Menuju Bajet 2022: Potongan/diskaun SST untuk kereta baru patut dilanjutkan lagi 05

Berkenaan hal samada kerajaan akan mengumumkan pelanjutan pengecualian/diskaun SST dalam pengumuman Bajet 2022 pada Jumaat ini, pandangan daripada pemain industri yang dikumpulkan WapCar.my agak berbeza antara satu sama lain.

Ada yang menjangkakan ia akan diumumkan pada Jumaat nanti, namun ada juga antara mereka yang berkata ia akan diumumkan pada tarikh lain. Apa-apa pun, kebanyakan pemain industri setuju yang pelanjutan sehingga tahun 2022 besar kemungkinannya akan diumumkan kelak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda