window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Merbahaya, JPJ bagi ‘warning’ terhadap lori yang masih simpan kayu sendal di badan kenderaan

Faisal · Sep 21, 2021 11:00 AM

Merbahaya, JPJ bagi ‘warning’ terhadap lori yang masih simpan kayu sendal di badan kenderaan 01

Foto: PLUS Malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pemandu lori agar tidak lagi membawa kayu penyendal yang seringkali diletakkan pada bahagian bawah kenderaan mereka.

Merbahaya, JPJ bagi ‘warning’ terhadap lori yang masih simpan kayu sendal di badan kenderaan 02

Berdasarkan operasi khas yang dijalankan di Plaza Tol Juru tempoh hari, anggota mereka berjaya mengesan 15 buah lori yang menyimpan kayu pendenyal pada bahagian badan kenderaan. Bagi anda yang belum tahu, kayu ini diguna untuk menyendal tayar supaya lori tidak bergerak sewaktu berhenti akibat rosak ataupun ketika tidak digunakan.

Merbahaya, JPJ bagi ‘warning’ terhadap lori yang masih simpan kayu sendal di badan kenderaan 03

Secara teknikal, lori tidak mempunyai posisi gear “P” kerana ia datang dengan transmisi manual. Jadi, kunci tayarnya hanya bergantung pada brek tangan. Dengan berat lori dan muatan yang luar biasa, sudah pasti brek tangan ini cepat haus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di samping itu, kayu ini turut diguna untuk menyendal muatan supaya ia terikat dengan kuat. Perkara ini sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Merbahaya, JPJ bagi ‘warning’ terhadap lori yang masih simpan kayu sendal di badan kenderaan 01

Kredit: Care 4 U Malaysia.

Untuk makluman anda, kayu penyendal yang disimpan pada bahagian badan boleh terjatuh sewaktu pemandu lori membelok ataupun melalui permukaan jalan raya yang tidak rata.

Cuba bayangkan kalau kayu itu terkena kereta anda ataupun anda sendiri yang hilang kawalan semata-mata untuk elak kayu yang bergelimpangan di atas jalan raya. Paling teruk lagi kalau kayu itu tercucuk cermin kereta dan cederakan anda.

Merbahaya, JPJ bagi ‘warning’ terhadap lori yang masih simpan kayu sendal di badan kenderaan 02

Foto: PLUS Malaysia.

Jadi, pemandu-pemandu lori diharapkan supaya fikirkan keselamatan orang lain juga. Apa salahnya kalau simpan kayu sendal anda dalam lori. Orang pun tak dapat curi.

Juga bacaPemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda