window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat

Faisal · Oct 8, 2022 06:00 PM

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 01

Sepanjang 5 generasi, Mercedes-Benz E-Class telah menjadi penanda aras buat kereta yang mengetengahkan unsur kemewahan, keselesaan dan kebolehpercayaan. Kiranya, inilah kereta yang memulakan genra sedan eksekutif.

Juga bacaMercedes-Benz E-Class – sedan eksekutif korporat paling dipercayai di Malaysia sepanjang 70 tahun

Dalam banyak-banyak model, generasi keempat iaitu W212 menandakan batu loncatan dalam aspek reka bentuk dan teknologi. Pada masa yang sama, ia juga tidak ada isu mutu binaan dan jangka hayat yang terkenal seperti generasi W211.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 01

Sekarang, dengan harga atas sikit sahaja dari RM 50k, E-Class W212 sudah boleh dimiliki pada harga Toyota Camry terpakai dalam generasi sama. Jadi, adakah ini pilihan gaya yang masuk akal untuk dibeli atau anda akan pening kepala dengan kos penjagaannya nanti? Mari kami rungkaikan.

Varian Mercedes-Benz E-Class W212 yang ditawarkan di Malaysia

Sewaktu dilancarkan di Malaysia pada tahun 2009, E-Class W212 hanya ditawarkan dengan varian E300 Avantgarde iaitu pada harga RM 456k. Varian ini dikuasakan oleh enjin 3.0L V6 NA (231 PS, 300 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan 7G-Tronic.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 02

Kemudian, pada tahun 2010, varian asas seperti E200 CGI dan varian pertengahan E250 CGI mula ditawarkan, masing-masing pada harga RM 370k dan RM 410k.

Kedua-dua varian menggunakan enjin 1.8L turbo M271, masing-masing dengan 184 PS/270 Nm dan 201 PS/310 Nm. Transmisi yang digunakan pada awalnya adalah jenis automatik 5 kelajuan. Tidak lama selepas itu, transmisi automatik 7 kelajuan mula beransur pada kedua-dua varian.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 03

Kemudian pada tahun 2013, model facelift diperkenalkan di tanah air kita dengan penawaran E200 Avantgarde dan E250 Avantgarde. Untuk makluman anda, W212 facelift adalah antara projek kemaskini model Mercedes-Benz yang paling ketara dalam sejarah mereka.

Selain wajah yang baru, elemen lampu kembar yang sudah menjadi ikon dalam legasi E-Class juga telah ditamatkan. Antara pembaharuan yang diterapkan pada model facelift adalah pada aspek enjin, keselamatan dan reka bentuk bahagian belakang.

Juga baca9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi!

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 04

Lampu depannya sudah digabungkan.

Dari segi teknikal, E-Class W212 facelift di Malaysia hadir dengan enjin 2.0L turbo M274. Pada varian E200, ia menghembuskan 184 PS/300 Nm. Varian E250 pula mempunyai 211 PS/350 Nm.

Harga E200 Avantgarde facelift ditawarkan pada RM 367k, manakala E250 Avantgarde pula pada RM 406k.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 05

Tidak lama selepas itu, varian E400 AMG Line (CKD) diperkenalkan dan ia berharga RM 494k. Untuk pengetahuan anda, varian teratas untuk E-Class W212 facelift yang bukan AMG penuh ini datang dengan enjin 3.0L V6 twin-turbo yang mempunyai 333 PS dan 480 Nm tork.

Kemudian pada tahun, 2015, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan varian E300 BlueTEC Hybrid. Kalau anda nak tahu, inilah hibrid diesel pertama yang ada di Malaysia dan ia ditawarkan pada harga RM 349k.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 06

E300 BlueTEC Hybrid hanya guna serendah 4.1 liter/100 km.

Dari segi trenkuasa, enjin 2.1L turbodiesel (201 PS, 500 Nm) yang digunakan turut menggabungkan motor elektrik (27 PS, 250 Nm) yang diselitkan antara enjin dan transmisi automatik 7 kelajuan.

Sebab kenapa anda perlu beli Mercedes-Benz E-Class W212 satu dan varian pilihan

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 07

E-Class W212 boleh dikatakan sebagai antara model Mercedes terakhir sebelum jenama ini berganjak ke unsur lebih sporty dan jiwa yang lebih muda. Jadi, golongan klasik yang mencari sedan eksekutif legenda pasti akan tertawan.

Juga bacaMercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 08

Apapun, untuk mereka yang berminat, kami menyarankan untuk terus ke model facelift kerana trenkuasanya lebih tahan dan tidak banyak hal.

Berkenaan E300 BlueTEC Hybrid yang ramai tanya, ia sebenarnya paling berbaloi untuk dibeli kerana selain ciri yang lebih lengkap, trenkuasanya ada jumlah tork yang tinggi dan kadar penggunaan minyaknya sangatlah menjimatkan. Cumanya, sistem hibrid yang digunakan cukup kompleks dan bateri yang dipakai pula tidak kurang dari tiga biji.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 09

Untuk pengetahuan anda, bateri paling mahal yang berkait adalah ion-litium 0.8 kWj yang mana ia menguasai motor elektrik dan sistem elektrik 12V. Kos menggantinya adalah lebih kurang RM 50k. Disebabkan inilah ia cepat turun harga.

Harga Mercedes-Benz E-Class W212 dalam pasaran sekarang

Untuk model sebelum facelift tahun 2009 – 2013, varian E200 CGI kini berharga sekitar RM 50k – RM 80k. Varian E250 CGI pula sekarang atas sikit dari RM 55k dan ia tidak lebih RM 80k pun.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 10

Menariknya, varian E300 V6 juga berada dalam julat harga yang sama.

Untuk model facelift yang tiba pada 2013 pula, harganya bermula sekitar RM 100k untuk varian E200 tahun awal dan tidak lebih RM 140k untuk model keluaran tahun terakhir iaitu 2016. Kiranya, perbezaan RM 10k untuk setiap 1 tahun.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 11

Secara amnya, E-Class W212 nampaknya boleh mengekalkan harga dengan begitu baik walaupun selepas tahun ke-6 dan 7, iaitu hampir 50% daripada nilai asal.

Kalau dibandingkan dengan pesaingnya iaitu BMW 5 Series F10, memang boleh nampak perbezaan harga terpakai mereka.

Di bawah pula adalah kos untuk membela varian E200 dan E250.

Kos asas buat Mercedes-Benz E-Class W212 
Varian E200 E250
Cukai jalan (RM) 380
Saiz tayar 245/45 R17 245/40 R18
Tayar/biji (RM) 450 - 600  500 - 800
Bateri (AGM DIN 80L) 1,200

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 12

Apapun, kalau boleh, cari unit yang belum diubah suai. Kalau ada rekod servis yang penuh, lagi bagus kerana anda boleh tahu apa yang sudah ditukar dan apa yang belum.

Isu umum buat Mercedes-Benz E-Class W212

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 13

Sehebat manapun E-Class W212, ia tetap ada beberapa masalah. Pakar dari Benz Elite Auto yang kami rujuk baru-baru ini telah menekankan beberapa isu umum yang boleh berlaku terhadap pemilik.

Isu umum buat Mercedes-Benz E-Class W212
Komponen Simptom Kos
(RM)
Pam air  Enjin terlebih panas 3,000
Pengesan oksigen Lampu check engine, idle kasar 700
Mounting enjin Enjin terlebih bergegar 1,700
Pengesan kelajuan roda Lampu ABS/Traction control 300/biji
Pengesan mass air flow Lampu check engine, idle kasar 3,200
ECU (E300 V6) Enjin enggan hidup, kegagalan enjin 4,200 (OEM), 10,000 (Tulen)
Pengetat pulley belt Bunyi tali sawat, bunyi gesel  800
Transmission control module (TCM) Penukaran gear yang kasar, gear tidak bertukar, mod selamat 7,300

Selain itu, terdapat isu kegagalan bateri auxiliary tetapi kos penggantian hanyalah sekitar RM 300.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 14

Di bawah pula adalah jadual penyelenggaraan untuk E-Class W212:

Kos penyelenggaraan asas buat Mercedes-Benz E-Class W212
Penyelenggaraan / Selang Item Kos (RM)
Penggantian minyak enjin / 10k km Minyak enjin & penapis 450
Penapis udara / 20k km Penapis udara enjin 150
Penapis kabin / 20k km Penapis habuk & hama  50
Servis brek / 60k km Minyak brek 300
Pad brek - depan/belakang (∼ 80k km) Penggantian pad brek 380/280
Servis transmisi / 60k km Minyak ATF & penapis 1,000
Penggantian cecair penyejuk / 100k km Cecair penyejuk 230
Palam pencucuh / 100k km Penggantian palam pencucuh 400

Kalau jaga semua ini, W212 anda pasti akan tahan lama.

Konklusi

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 15

Secara keseluruhan, membeli sebuah Mercedes-Benz E-Class bukan setakat pilihan yang logik, malah ia juga satu pengalaman pemilikan yang lebih emosi yang mana ia sering dianggap sebagai tanda pencapaian seseorang.

Mercedes E-Class W212 terpakai - serendah RM 50k, sedan eksekutif terunggul pada harga rakyat 16

Walaupun generasi W212 terkenal sebagai E-Class moden yang paling kurang bermasalah, mereka yang berminat tetap perlu menjaganya sebaik mungkin. Jika berminat, anda boleh membelek beberapa unit yang ada di Carsome.

Juga bacaMercedes-Benz E-Class W124 – kereta Mercedes terhebat yang pernah dihasilkan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda