Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu?

Zamil Syaheer · Aug 6, 2020 11:45 AM

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 01

Ketika Mercedes-AMG A35 4Matic 2020 (RM 366,785 dengan cuti cukai SST) dilancarkan, ia hanya mempunyai satu pesaing iaitu Volkswagen Golf R yang luar biasa dan menyeronokkan.

Namun, kita semua tahu Golf R agak ketinggalan dari segi spesifikasi yang ditawarkan. Maklumlah, dah tua. Kini, BMW baru sahaja melancarkan BMW M135i F40 2020 (RM 355,646 OTR dengan cuti cukai SST) di Malaysia, dan ini bermaksud A35 kini mempunyai pesaing yang layak.

Dalam rencana ini, kita akan membuat perbandingan ringkas diantara kedua hot hatch ini dari segi spesifikasi.

Eksterior

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 02

Tidak dinafikan bahawa BMW M135i 2020 mempunyai sosok yang lebih bergaya berbanding A35. Tiada lagi rupa luaran yang agak petak, sebaliknya M135i tampak lebih edgy dan garang seakan-akan pedang. BMW 1 Series baru kelihatan lebih segak daripada sebelumnya.

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 03

Rekabentuk kidney grile baharu yang lebih besar, lebar dan bersambung memberi imej unik tersendiri yang membezakannya dengan BMW lama.

Sementara itu, A35 lebih sukar untuk dibezakan berbanding A-Class standard, melainkan anda memilih untuk mengambil Edisi Khas yang menampilkan pelekat dan roda Tech Gold. Hanya peminat kenderaan yang dapat menghargai kit AMG seperti apron belakang yang sporty dengan sisipan diffuser baru.

Interior

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 04

Dari segi gaya interior, M135i tidak boleh melawan A35. Terdapat 2 pilihan warna dalaman, iaitu kulit Black Dakota atau kulit Magma Red Dakota tetapi bahagian dalaman 1 Series sama seperti BMW lain kecuali untuk BMW 3 Series G20 2020.

Selain tempat duduk, stereng, dan tali pinggang keledar dengan kemasan M, M135i tidak mempunyai sentuhan lain untuk mengingatkan anda bahawa itu adalah seri hatchback M yang lebih sporty.

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 05

Mercedes pula memberi penekanan diantara rekaan futuristik dan mewah, dan ini membuatkan interiornya tampak istimewa dan unik. Anda juga mendapat tempat duduk dan stereng kulit Nappa yang sporty.

Tempat duduk bewarna kelabu dilengkapi dengan jahitan biru, manakala stereng flat-bottom sports memberi anda peringatan bahawa ini adalah A-Class yang diberi suntikan AMG. Bukan beshe beshe ye.

Enjin

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 06

Kedua-duanya menghasilkan kuasa yang sama iaitu 306 PS. Bezanya M135i mempunyai 450 Nm tork, 50 Nm lebih daripada A35 yang hanya ada 400 Nm.

Kedua-dua kereta ini dilengkapi dengan enjin petrol 2.0 liter dengan pengecas turbo. Bezanya, enjin A35 dikawinkan dengan transmisi sport 7G dwi-klac 7-kelajuan sementara M135i mendapat transmisi automatik Steptronic 8-kelajuan.

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 07

Dari ujian 0-100 km/j, A35 hanya sesaat pantas dengan masa 4.7 saat berbanding 4.8 saat dengan M135i. Namun jika anda seorang yang lebih terperinci, lihat video dari ujian drag diantara M135i dan A35 dari Carwow. Boleh lihat betapa senangnya M135i meninggalkan A35.

Keselamatan

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 08

Dengan kuasa dan tork yang mantap, mestilah ada sistem keselamatan yang canggih untuk kedua-dua hot hatch ini.

Untuk BMW M135i, ia datang dengan:

  • Lane Change Warning (LCW)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Forward Collision Warning (FCW) with Braking (AEB)
  • Rear Cross Traffic Alert with Braking (RCTA-B)
  • Speed Limit Info (SLI)

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 09

Manakala Mercedes-AMG A35 4Matic pula datang dengan:

  • Blind Spot Assist (BSA)
  • Active Brake Assist (ABA)
  • Active Lane Keeping Assist (ALKA)
  • Active Parking Assist with Parktronic
  • PRE-SAFE
  • Knee airbag

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 10

Kedua-duanya tiada Adaptive Cruise Control (ACC), tetapi fikir balik ini adalah kereta berprestasi, jadi rasanya tak perlu pun sebab anda mesti nak pandu kereta ini sendiri.

Ada satu bab yang M135i kalah, iaitu A35 boleh parkir secara sendiri! Dengan teknologi Active Parking Assist dengan Parktronic, A35 mampu mengedalikan parkir jenis selari dan belakang.

Teknologi

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 11

Dari segi teknologi pula, M135i datang dengan fungsi BMW Operating System 7.0 yang menyokong Apple CarPlay, tetapi tiada Android Auto. Selain dari itu, M135i juga mendapat Intelligent Personal Assistant ala Hi Proton yang lebih diperhalusi.

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 12

A35 pula datang dengan sistem multimedia MBUX dengan fungsi tambahan, kluster meter digital sepenuhnya dan Android Auto. Anda boleh menggunakan Apple CarPlay, tapi ia masih memerlukan wayar.

Mungkin tawaran terbaik adalah fungsi Mercedes me. Dengan fungsi tersebut, pemilik dapat memeriksa semua perincian A35 mereka seperti tahap bahan bakar dan tekanan tayar melalui aplikasi Mercedes me. Bahkan anda boleh memilih untuk menghidupkan kereta dari jauh melalui aplikasi tersebut.

Konklusi

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 13

Secara perbandingan, BMW M135i dan Mercedes-AMG A35 4Matic sangat serupa dari segi spesifikasi.

Kedua-dua enjin pengecas turbo 2.0 litter mengeluarkan kuasa yang serupa, dilengkapi dengan banyak teknologi keselamatan, dan mempunyai sistem infotainment terkini yang ditawarkan. Memang terasa sukar untuk memilih pemenang di antara keduanya.

Mercedes-AMG A35 2020 vs BMW M135i (F40) – hot hatch mana lagi padu? 14

Sekiranya anda bersedia membeli untuk hot hatch ini, anda mesti memilih berdasarkan jenama, rekaan atau cara setiap kereta memandu. Lagipun, setiap pemandu mempunyai kriteria yang berbeza.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Mercedes-Benz-AMG A 35 Sedan 4MATIC

Upgrade

Add your car

Service powered by

Berita Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru