window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2?

Haris · Jun 2, 2020 02:00 PM

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 01

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes-AMG A45 S baru 2020 melalui siaran langsung atas talian selari dengan era normal baharu ini. Apa yang ditawarkan adalah model S (model paling berkuasa) dalam bentuk Edition 1, berharga RM 459,888 atas jalan tanpa insurans.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 01

Jika dibandingkan dengan saudara terdekat iaitu A35, anda akan mendapati perbezaan gril depan Panamericana yang lebih agresif dengan bilah menegak, kepak canard di bumper depan dan empat ekzos.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 01

Pakej Edition 1 meningkatkan lagi aspek aerodinamik dengan splitter hadapan yang lebih lebar, kepak canard yang disebutkan tadi, spoiler belakang yang lebih besar dengan diffuser belakang yang lebih agresif. Terdapat juga pelekat yang bergaya di sisi kereta.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 02

Ia didatangkan lampu depan LED Multibeam dengan Adaptive Highbeam Assist, roda 19-inci berwarna hitam pusam dan kaliper brek berwarna merah.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 03

Kereta berprestasi tinggi ini dijana enjin 2.0 liter 4 silinder turbocharged M139 yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 421 PS dan 500 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi dual clutch 8-kelajuan. Kuasa disalurkan pada keempat-empat roda dengan sistem 4Matic+ all-wheel drive.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 04

A45 S mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dengan kelajuan tertinggi dicatatkan pada 270 km/j.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 05

Melangkah ke dalamnya pula, terdapat tempat duduk AMG Performance yang selesa, steering AMG Performance, kemasan pintu dan lapik kaki AMG serta elemen-elemen kecil Edition 1.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 06

Secara standard, A45 S ditampilkan dengan paparan head-up, sistem audio Burmester, MBUX dengan AMG Track Pace, sambungan Apple CarPlay / Android Auto dan pengecasan tanpa wayar. Turut diketengahkan ialah aplikasi Mercedes Me yang membolehkan akses jarak jauh ke pelbagai perkhidmatan antaranya remote start dan vehicle tracker.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 07

Sistem Advance Driver Assistance pula merangkumi Active Brake Assist (ABA), Active Lane Keeping Assist (ALKA), Active Parking Assist (APA) dengan Parktronic dan Blind Spot Assist.

Mercedes-AMG A45 S dilancarkan di Malaysia - RM 459,888, pencabar BMW M2? 08

Mercedes-Benz Financial Services juga menawarkan Agile Financing dengan pembelian A 45 S baru dengan kadar yang bermula dari RM 5,438. MBFS juga menawarkan AMGPro Financing, dengan kadar serendah RM 5,688. AMGPro Financing meliputi servis kerosakan tanpa had perbatuan dengan trak tunda, gantian tayar dan rim serta perlindungan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda