window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026!

Khairil ยท Sep 30, 2022 11:00 AM

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026! 01

Kerjasama teknikal di antara Mercedes-AMG F1 dan syarikat gergasi petroleum nasional, Petronas dalam kejuaraan perlumbaan Formula Satu (F1) yang bermula sejak 2010 terus dilanjutkan melebihi tahun 2026.

Perjanjian untuk pembaharuan kontrak bagi gelaran dan kerjasama teknikal itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Prinsipal merangkap CEO Mercedes-AMG F1, Toto Wolff.

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wolff bersama dua pelumbanya, Lewis Hamilton dan George Russell singgah di Malaysia, baru-baru untuk menghadiri program bersama Petronas sebelum mengharungi Grand Prix Singapura, hujung minggu ini.

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026! 01

Kerjasama itu menyaksikan Petronas dan Mercedes terus komited untuk membangunkan bahan api mampan yang lebih maju 100 peratus mengikut standard bagi regulasi unit 2026 oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Tengku Muhammad memetik laporan Bernama berkata sinergi dan cita-cita yang dikongsi antara Mercedes-AMG F1 dan Petronas akan membuka jalan bagi menyediakan tenaga yang lebih bersih dan mampan kepada sukan itu dan juga pelanggan mereka.

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026! 02

"Dengan pengalaman luas sebagai pasukan sepanjang sedekad lalu dan kemampuan teknikal serta kepakaran daripada gabungan bakat sedia ada, Petronas sentiasa menantikan untuk melakar lembaran baharu dengan fokus terhadap bahan api lebih maju untuk Petronas dan pelanggannnya.

"Petronas bersama rakan kongsi kami akan sentiasa berusaha dengan Penyelesaian Teknologi Bendalir menerusi cara yang inovatif. Usaha keras kami akan lebih mampan kerana kami menuju ke arah masa depan dengan karbon lebih rendah," katanya.

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026! 03

Sementara itu, Wolff berkata pembangunan bahan api lebih maju oleh Petronas sudahpun diuji dengan unit kuasa masa depan.

"Bermula 2026, bahan api mampan yang lebih maju akan menjadi tumpuan terhadap prestasi F1 di mana kita berpeluang untuk memperagakan kepakaran menerusi unit kuasa dan Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas," katanya.

Mercedes-AMG F1 terus bersama Petronas, kerjasama dilanjut melebihi tahun 2026! 04

Lewis Hamilton

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) baru-baru ini meluluskan regulasi unit kuasa baharu di mana dua petunjuk utama membabitkan peningkatan kuasa elektrik dan bahan api 100 peratus yang lebih mampan berkuatkuasa bermula musim 2026.

Sejak 2010, pasukan Mercedes AMG Petronas sudah berjaya menjulang tujuh gelaran dunia kategori F1 bersama pelumbanya, Hamilton.

Sumber imej: FB Mercedes-AMG Petronas Formula One Team

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda