Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi?

Faisal · Jun 10, 2021 04:00 PM

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 01

Dengan berlangsungnya pelancaran Mercedes-Benz GLE 450 (CKD) 2021 di Malaysia baru-baru ini, peminat Mercedes-Benz pasti idamkan jentera CKD yang seterusnya kerana ia sememangnya lebih murah. Antara model CKD yang dinantikan ialah A-Class Sedan dan GLA.

Tetapi bukan Malaysia sahaja yang berhasrat untuk kembangkan pengeluaran model CKD. Untuk pengetahuan anda, Indonesia baru sahaja melancarkan model CKD untuk A200 Sedan Progressive Line dan GLA 200 AMG Line. Menariknya, Mercedes-benz di Indonesia dikendalikan oleh pengurusan Asia Tenggara rantau II yang mana ia terletak di Wisma Mercedes-Benz, Puchong, iaitu ibu pejabat serantau.

Juga bacaHarga Mercedes-Benz bakal jadi lebih murah di Malaysia - banyak model CKD baru akan tiba!

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 01

Kedua-dua model dipasang di kilang PT Mercedes-Benz Indonesia yang terletak di Wanaherang, Bogor, Jawa Barat.

Dengan berlangsungnya pelancaran tersebut, Mercedes-Benz Indonesia kini mempunyai 8 model CKD termasuklah C-Class, E-Class, S-Class, GLC, GLE, dan GLS.

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 02

Di sana, harga A200 sedan CKD bermula pada IDR 751,000,000 (~RM 218k), iaitu 10% lebih murah berbanding model CBU.  GLA 200 CKD pula bermula dari IDR 761,000,000 (~RM 221k), Harga ini sebenarnya lebih kurang dengan model CBU.

Antara sebabnya ialah kehadiran ciri bantuan keselamatan pandu yang mana ia tidak didatangkan pada model CBU sebelumnya.

Menjadi varian 200, kelengkapan untuk kedua-dua A200 dan GLA 200 tidaklah banyak tapi mencukupi.

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 03

Kedua-dua jentera dikuasakan oleh enjin 1.3L turbo 4 silinder (163 PS, 250 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Kuasa dihantar ke roda depan.

Secara standard, kedua-dua model dilengkapkan dengan lampu LED, kerusi kulit Artico, dan infotainment MBUX 10.25 inci dengan sokongan Android Auto & Apple CarPlay.

A200 Sedan datang dengan rim 18 inci manakala GLA 200 hadir dengan rim AMG 19 inci.

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 04

Antara ciri lain yang ada pada A200 Sedan ialah Active Brake Assist (AEB), bacaan angin tayar, dan kawalan pelayaran.

GLA 200 pula menambah ciri Keyless Go dan Blind Spot Assist dengan fungsi amaran keluar dari kereta.

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 05

Di Malaysia, stok GLA CBU sudah hampir licin tetapi dengan situasi pandemik yang melanda, agak sukar untuk menjangka pelancaran model CKD Mercedes-Benz Malaysia yang seterusnya.

Juga bacaMercedes-Benz GLA CBU hampir habis dijual di Malaysia; CKD akan datang

Mercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi? 06

Apapun, spesifikasi model CKD nanti dijangka mirip model CBU yang ada sekarang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz A-Class Sedan A 200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru