window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM?

Faisal · Dec 16, 2020 08:00 PM

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 01

Pada bulan Julai yang lalu, Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan C200 AMG Line sebagai varian permulaan yang baru untuk “baby Benz”. Kali ini, sedan premium bersaiz kompak ini menerima sentuhan AMG Line yang lebih diminati ramai.

Pandangan pertama yang kelihatan mahal

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C-Class generasi W205 ini sering dianggap sebagai “baby S-Class” kerana ia kelihatan seperti sebuah S-Class yang bersaiz kompak. Ditambah pula dengan sentuhan AMG Line yang lebih agresif, C200 AMG Line mampu menarik perhatian ramai dan boleh mendahagakan mereka untuk memilikinya.

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 01

Antara ciri unik yang dapat dilihat pada rupa parasnya ialah sentuhan berlian di gril dan lampu depan serta sentuhan krom pada bahagian diffuser dan bampar depan.

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 02

Malah bingkai tingkap sisinya dilengkapi dengan kemasan krom jenis matte. Melengkapi rupa paras baby Benz ini ialah roda aerodinamik AMG 18 inci yang kelihatan cukup ranggi.

Kabin yang terasa mewah

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 03

Memasuki sahaja ke bahagian dalam, anda disajikan dengan visual yang cukup berkelas. Dengan susunan kabin seperti kokpit kapal layar, pengalaman berada di dalam kabin C200 AMG Line semestinya istimewa. TIdak cukup dengan itu, bahan yang digunakan juga terasa berkualiti dan lembut untuk disentuh.

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 04

Sentuhan AMG Line juga diterapkan di bahagian kabin dimana ia menampilkan rekaan stereng yang lebih sporty. Malah butang di stereng, paddle shifter, dan pedal di kaki turut disalut dengan bahan metallic.

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 05

Sebagai sebuah kereta premium, cermin untuk penumpang belakang juga mempunyai ciri pelindung matahari (sunshade).

Teknologi yang moden

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 06

Walaupun sebagai baby Benz, C200 AMG Line mempunyai teknologi yang cukup moden. Antaranya ialah paparan skrin infotainment dan kluster instumen digital yang mempunyai pelbagai ciri. Malah grafik dan animasinya cukup cantik.

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 07

Dari segi ciri keselamatan, C200 AMG Line dilengkapi dengan 7 beg udara, brek kecemasan automatik, bantuan parkir automatik, dan amaran titik buta. Menariknya, ciri amaran titik buta pada C200 AMG Line ini turut berfungsi setelah enjin dimatikan dimana ia memudahkan anda untuk keluar daripada kenderaan dengan selamat.

Tren kuasa yang berteknologi tinggi

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 08

Mercedes-Benz C200 AMG Line hadir dengan enjin 2.0L turbo yang lebih baru berbanding enjin mild-hybrid yang didatangkan pada varian Avantgarde sebelum ini. Dengan kuasa sebanyak 204 PS dan 300 Nm tork, sedan premium kompak ini terasa cukup pantas.

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 09

Menariknya, transmisi automatik 9 kelajuan yang dipadankan dengan enjin ini boleh bertukar seolah-olah ke posisi “neutral” secara sementara sekiranya kuasa enjin tidak diperlukan. Namun begitu, ia hanya berfungsi dalam mod pemanduan “Economy”. Teknologi sebegini mengurangkan putaran enjin apabila kuasa tidak diperlukan dimana ia boleh menjimatkan minyak.

Watak yang sporty

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 10

Mercedes-Benz C200 AMG Line hadir dengan suspensi sport. Apa yang menariknya, suspensi ini berupaya mengawal lantunan badan dengan lebih baik dimana ia tidak melompat secara keterlaluan apabila melalui jalan yang beralun. Ditambah pula dengan stereng yang cukup laju, C200 AMG Line turut sesuai untuk anda yang menggemari pemanduan yang lebih rancak.

Konklusi

Berdasarkan pakej premium yang dimiliki oleh Mercedes-Benz C200 AMG Line, layakkah ia merangkul Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM?

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 11

Dengan undian yang bakal bermula pada 18 Disember ini, anda semua boleh turut serta! Setiap daripada anda boleh mengundi untuk menentukan model manakah yang layak memenangi Anugerah Kereta Tahun 2020. Pastikan anda simpan tarikh tersebut dan ikuti kami untuk mengundi di bawah!

Mercedes-Benz C200 AMG Line – layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar - BM? 12

UNDI DI SINI

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda