window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'?

Faisal Β· Nov 17, 2020 08:00 PM

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 01

Minggu lalu, kami menceritakan tentang sebuah kereta mewah eksekutif iaitu Mercedes-Benz E-Class. Namun begitu, sesetengah pihak berpendapat bahawa ia terlalu besar. Maka itu, mari kita lihat versi kompak pula iaitu Mercedes-Benz C-Class W204.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 02

Untuk maklumat anda, kereta mewah kompak sering dianggap lebih menarik kerana ia lebih mudah untuk dikendalikan. Ditambah pula dengan kualiti yang premium, kereta eksekutif kompak seperti C-Class mempunyai pakej yang cukup diminati ramai tidak mengira golongan muda ataupun pak haji.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 01

Dengan saiz yang lebih kecil juga, ia menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan melalui watak yang lebih lincah seperti sebuah pasangan menari berbanding pasangan beribadah.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 02

Di dalam barisan Mercedes-Benz, C-Class sering dianggap sebagai β€œbaby Benz” kerana ia diibarat seperti anak kesayangan oleh syarikat tersebut. Walaupun dianggap sebagai model pengenalan, model ini masih menampilkan perincian yang mendalam.

Isu dan permasalahan

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 03

Imej: Duta Pakar Auto

Secara umumnya, C-Class W204 mempunyai jangka hayat yang agak baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang permasalahan. Kami telah merujuk Encik Rizwan daripada Duta Pakar Auto di Bangi untuk mengetahui isu umum mengenai Mercedes-Benz C-Class W204.

Antara isu yang sering dihadapi oleh pemilik ialah masalah timing chain sprocket dimana enjin boleh kehilangan kuasa dan sukar untuk dihidupkan. Pada masa yang sama, bunyi geseran yang kasar boleh terhasil. Kos untuk membaiki masalah ini mencecah RM 5000.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 04

Selain itu, skru hollow (hollow screw) pada komponen turbo boleh menjadi longgar dan haus. Perkara ini juga mengakibatkan enjin kehilangan kuasa dan peningkatan penggunaan bahan api. Kos untuk membaik pulih isu ini adalah sekitar RM 150.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 05

Mercedes C-Class W204 juga terkenal dengan isu dimana bahagian enjin boleh dimasuki air ketika hujan lebat. Perkara ini berpunca daripada bahagian di antara motor pengelap cermin (wiper) dan bonet enjin yang tidak ditutup sepenuhnya. Walau bagaimanapun, anda boleh menutup bahagian ini dengan memasang getah pengedap yang boleh didapati di kedai perkakasan (hardware shop).

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 06

Imej: NRF

Antara isu umum yang lain ialah pada penyaman udara yang tidak konsisten. Perkara ini mengakibatkan suhu yang kadangkala terlebih sejuk ataupun sebaliknya. Secara tidak langsung, hal ini menyebabkan kipas berpusing pada kelajuan yang tidak menentu. Isu ini sebenarnya berpunca daripada suis pemeluwap (condenser switch) yang gagal berfungsi. Kos untuk menukar komponen ini adalah sekitar RM 500.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 07

Imej: mbworld

Untuk maklumat anda, sedan mewah kompak ini juga terkenal dengan isu dimana kereta yang menarik ke kiri. Disebabkan itu, pemandu perlu membetulkan kereta supaya bergerak lurus semula. Hal ini berpunca daripada susunan kastor (caster setting) yang tidak ditala sepenuhnya untuk pasaran Malaysia. Anggaran kos untuk susunan caster yang betul adalah sekitar RM 100.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 08

Imej: MBWorld

Di samping itu, pengguna sering melaporkan masalah kegagalan pengesan kelajuan tayar (wheel speed sensor) untuk roda hadapan dimana ia boleh menganggu kecekapan sistem brek dan kestabilan kenderaan. Kos untuk menukar komponen ni adalah sekitar RM 300 untuk satu roda.

Bagaimana dengan kos servis?

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 09

Imej: Future Tech

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk servis adalah pada setiap 10,000 km. Kos servis yang biasa adalah sekitar RM 450. Servis kotak gearbox pula berada dalam lingkungan RM950.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 10

Imej: cartisan

Untuk servis penyaman udara, ia masih sama seperti kereta buatan Jepun dimana ia berharga sekitar RM 250. Begitu juga dengan kos penukaran spark plug dimana ia berharga lebih kurang RM 70 untuk sebatang. Penukaran pad brek (brake pad) pula adalah sekitar RM390 untuk hadapan dan RM 250 untuk belakang.

Model tahun manakah paling baik?

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 11

Atas: Wajah sebelum facelift, Bawah: Wajah facelift

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift dimana ia dikeluarkan sebagai model tahun 2012 dan ke atas. Pada masa yang sama, model facelift mempunyai kabin yang lebih berkualiti dan lebih moden melalui sentuhan daripada rekaan Mercedes-Benz yang terbaru ketika itu.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 12

Atas: Kabin sebelum facelift, Bawah: Kabin facelift

Di samping itu, model facelift menggunakan tren kuasa yang lebih baik oleh gabungan enjin 1.8L turbo dan transmisi automatik 7 kelajuan. Menjadi model facelift juga, kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah dipulihkan.

Tinjauan pasaran terpakai

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 13

Berdasarkan pasaran terkini, model tahun 2012 dan ke atas agak berbaloi sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Untuk maklumat anda, Mercedes C200 Avantgarde tahun 2012 boleh dimiliki serendah RM 62,000. Varian ini mempunyai 184 PS dan 270 Nm tork.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 14

Sekiranya anda mahukan wajah Mercedes-Benz yang klasik, varian Elegance untuk tahun yang sama berharga sekitar RM 67,500.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 15

Untuk anda yang mahukan lebih prestasi, Mercedes C250 Avantgarde tahun 2012 boleh didapati dengan harga serendah RM 69,000. Varian ini mempunyai 204 PS dan 310 Nm tork.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 16

Jika anda berminat dengan penampilan yang lebih sporty, Mercedes C200 AMG tahun 2014 boleh dimiliki sekitar RM 85,000.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
C200 Avantgarde (2012) RM 258,888 ~RM 62,000 9.5%
C200 Elegance (2012) RM 258,888 ~RM 67,500 9.24%
C250 Avantgarde (2012) RM 290,888 ~RM 69,000 9.5%
C200 AMG (2014) RM 242,888 ~RM 85,000 10.8%

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 17

Imej: Hills Motor

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 18

Imej: cartisan.in

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 19

Walaupun berada pada generasi terdahulu, Mercedes-Benz C-Class W204 sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah kereta mewah kompak dengan jenama yang cukup berkelas. Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih murah, ia boleh menjadi pembelian yang berbaloi untuk mereka yang ingin merasai kereta Jerman yang solid tanpa perlu berbelanja besar.

Mercedes-Benz C-Class W204 - kini serendah RM62k, baloi angkat 'second hand'? 20

Di samping itu, ramai pihak berpendapat bahawa W204 adalah C-Class terakhir yang mengutamakan keselesaan kerana generasi kini (W205) mengorbankan aspek ini secara keterlaluan demi watak yang lebih sporty.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda