window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja!

Faisal · Feb 24, 2021 06:00 PM

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 01

Mercedes-Benz C-Class generasi W206 baru sahaja diperkenalkan semalam. Seperti generasi sebelum ini, ia masih memegang falsafah rekaan bak baby S-Class.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 02

Eksterior

Untuk generasi kali ini, kesemua varian datang dengan lambang Mercedes-Benz di gril. Tiada lagi lencana kemegahan yang digemari oleh pakcik-pakcik masjid. Bercakap mengenai gril, varian AMG Line datang dengan sisik yang berlambang Mercedes-Benz. Unik kan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 01

Tema “baby S-Class” turut diterapkan pada bahagian belakang melalui rekaan lampu slim yang melintang – unsur Mercedes-Benz zaman sekarang.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 02

Interior

Untuk kali ini, Mercedes-Benz C-Class mempunyai kabin yang didominasi oleh skrin besar yang menegak di konsol tengah. Selain itu, corong penyaman udara kali ini juga lebih bersegi.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 03

Seperti S-Class, C-Class terbaru juga datang dengan sistem infotainment Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang terkini.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 04

Ciri baru

Sebagai jenama yang berteknologi tinggi, Mercedes-Benz menawarkan C-Class terbaru dengan ciri stereng belakang.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 05

Ciri sebegini memudahkan pemandu untuk mengendalikan kenderaan di tempat sempit dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, ciri ini meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 06

Bagi anda yang ingin tahu, roda belakang boleh dipusing sehingga 2.5 darjah.

Trenkuasa

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 07

Seperti yang pernah dilaporkan, Mercedes-Benz C-Class generasi W206 hanya datang dengan enjin 4 silinder sahaja. Tetapi kali ini, teknologi hibrid memainkan perasan yang besar. Varian C200 kini didatangkan dengan enjin 1.5L turbo dengan Integrated Starter Generator (ISG). Ia menghasilkan sebanyak 204 PS dan 300 Nm tork.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 08

Varian C300 pula hadir dengan teknologi yang sama tetapi dengan kapasiti 2.0L. Varian ini menghembuskan kuasa sebanyak 258 PS dan 400 Nm tork.

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 09

Kesemua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan.

Teknologi Advanced-Driver Assistance Systems (ADAS)

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 10

Driving Assistance Package yang hadir pada C-Class sebelum ini diperbaharui dengan ciri Active Distance Assist Distronic yang lebih menyeluruh. Di samping itu, Active Steering Assist juga diperbaharui dengan fungsi yang aktif sehingga kelajuan 210 km/j.

Bila nak masuk Malaysia?

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja! 11

Sesi pandu uji secara global akan dijalankan tidak lama lagi. Dengan pasaran Eropah yang bakal menerima dahulu, pasaran Asia seperti Malaysia dijangka menyambut ketibaannya pada tahun 2022.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda