window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan?

Haris · Mar 13, 2022 11:59 AM

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 01

  • Tiada lampu LED Multibeam dan sistem bunyi Burmester
  • Harga yang sangat kompetitif memandangkan nilai tukaran Ringgit yang semakin lemah
  • CKD mungkin tidak akan mengurangkan harga dengan banyak

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan 2022 Mercedes-Benz C-Class (generasi W206) serba baharu CBU beberapa minggu lepas, dengan harga bermula daripada RM 288,334 untuk varian C200, kemudian mencecah RM 330,681 untuk varian C300.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 02

Mencerminkan susunan yang sama seperti model generasi W205 sebelum ini, Mercedes-Benz C-Class generasi W206 tiba di Malaysia dalam bentuk import (CBU). Projek pemasangan tempatan (CKD) pula dijangka akan dimulakan akhir tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 01

Memandangkan nilai tukaran matawang Ringgit kita yang semakin lemah sepanjang 10 tahun yang lalu, agak mengejutkan untuk melihat bahawa Mercedes-Benz C-Class generasi W206 ini tidak menyaksikan kenaikan harga yang mendadak.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 02

Walau bagaimanapun, apabila menyelami dengan lebih dalam senarai ciri kelengkapan, C-Class W206 mendedahkan bahawa Mercedes-Benz Malaysia terpaksa menggugurkan beberapa kelengkapan untuk memastikan harga terkawal.

Baca: Ringgit lemah punca harga kereta naik? Begini cara Mercedes-Benz Malaysia menguruskannya

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 03

Tiada lagi lampu LED Multibeam

Perubahan yang paling ketara ialah ketiadaan lampu hadapan LED Multibeam pada C-Class W206, tanpa mengira varian. Ia adalah ciri yang ditawarkan pada model C300, tetapi kini semua varian C-Class generasi W206 hanya menggunakan lampu hadapan LED High Performance, yang pada asasnya adalah lampu utama LED biasa.

Melangkah ke dalam kabin dan perubahan untuk mengekalkan harga kompetitif ini adalah lebih ketara.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 04

Tiada lagi sistem audio Burmester

Tiada lagi sistem audio keliling Burmester, digantikan dengan sistem audio Mercedes-Benz in-house. Mercedes-Benz Malaysia turut menggugurkan 2 port pengecasan USB belakang, di samping menukar kawalan iklim automatik Thermotronic 3 zon kepada sistem automatik Thermatic 2 zon yang lebih ringkas.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 05

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 06

Port pengecasan USB pada W205

Satu lagi ciri yang digugurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia pada C-Class W206 ialah fungsi Remote Engine Start yang menghidupkan enjin secara jarak jauh.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 07

Namun, bukan kesemuanya suram belaka. Hal ini kerana C-Class W206 ini membawakan sistem infotainmen MBUX yang telah dirombak sepenuhnya, kini dengan keupayaan untuk mengimbas cap jari untuk sentuhan yang lebih peribadi. Terdapat juga ciri Augmented Reality (AR) futuristik yang menggunakan suapan video daripada kamera yang terletak di hadapan kereta ke paparan tengah.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 08

Ciri Augmented Reality (AR) ini boleh dianggap sebagai sebagai ciri Pandangan Langsung (Live View) dalam Peta Google (Google Map), kerana sistem tersebut mengambil kira objek maya dan papan tanda jalan pada suapan video, lalu memudahkan navigasi kenderaan.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 09

Enjin 1.5 liter turbo-4 yang disambungkan ke ISG 48V

Juga baharu ialah rangkaian kuasa hibrid sederhana. Varian C200 mendapat enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo yang dipasangkan penjana pemula bersepadu (integrated starter generator) 48V, menghasilkan 204 PS dan 300 Nm.

Baca: Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV?

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 10

Enjin 2.0 liter turbo-4 yang lebih besar, menghasilkan 258 PS dan 400 Nm

Varian C300 sebaliknya, menghasilkan 258 PS dan 400 Nm daripada enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo petrol yang lebih besar - setanding dengan harganya.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CBU - Harga sama, kurang kelengkapan: ciri apa yang digugurkan? 11

C-Class generasi terdahulu W205 di kilang Pekan

Jangan tunggu untuk C-Class W206 yang dipasang tempatan (CKD) untuk mendapatkan harga yang lebih murah, kerana pengurangan harga bersih boleh diabaikan.

Pada masa ini, kenderaan import (CBU) dikenakan hanya 5 peratus cukai jualan. Kereta CKD akan dicaj penuh 10 peratus cukai jualan mulai 1-Julai 2022, oleh itu perbezaan harga tidak akan menjadi terlalu signifikan antara CKD dan CBU.

Baca: Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda