window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih?

Faisal · Mar 27, 2021 06:00 PM

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 01

Mercedes-Benz C-Class 2021 (W206) baru sahaja membuat debut global. Sebelum menyambut ketibaan C-Class baru di Malaysia, apa kata kita banding sedan eksekutif kompak yang ternama ini dengan pesaing pahitnya, iaitu BMW 3 Series G20.

Eksterior

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 02

Dengan rekaan lampu yang lebih tirus, Mercedes-Benz C-Class generasi baru nampak lebih garang berbanding model sebelum ini. Gril depan yang berbentuk seperti huruf “A” juga nampak lebih agresif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 01

Mengenai BMW 3 Series G20 pula, anda mungkin sudah cam kereta ini di jalan raya. Apapun, rekaan lampu depan yang ada elemen tembusan bampar diilhamkan dari BMW 3 Series generasi E46.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 02

Pada bahagian belakang, C-Class W206 memperlihatkan rekaan lampu tiga segi yang melintang dengan boot lid. Untuk maklumat anda, inilah elemen rekaan yang diguna pada kereta Mercedes-Benz zaman sekarang.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 03

Lampu belakang pada 3 Series G20 pula menampilkan elemen huruf “L” dan seksyen yang digelapkan. Walaupun ekzosnya nampak tradisional, ia tidak “fake” seperti kebanyakan kereta zaman sekarang.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 04

Dimensi
  C-Class W206 3 Series G20
Panjang (mm) 4,751 4,709
Lebar (mm) 1,820 1,827
Tinggi (mm) 1,438 1,435
Jarak roda (mm) 2,865 2,851

Dari segi dimensi, khususnya jarak roda, C-Class W206 sebenarnya lebih panjang daripada 3 Series G20.

Interior

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 05

Mercedes-Benz C-Class W205 yang kita kenali mempunyai kabin yang cukup menawan. Malah sehingga hari ini, ia masih nampak seperti model baru. Untuk generasi W206, Mercedes-Benz mengetengahkan aspek teknologi yang mana ia tampil dengan skrin yang besar dan butang kawalan yang minimalis.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 06

Mengenai kabin BMW 3 Series G20, ia nampak seperti mana-mana BMW yang kita kenali. Walaupun konservatif, ia masih perlihatkan trim besi yang menarik.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 07

Teknologi dan infotainment

Mercedes-Benz C-Class W206 didatangkan dengan MBUX (Mercedes-Benz User Experience) generasi kedua. Sistem infotainment ini mempunyai bantuan suara “Hey Mercedes”, Smart Home, servis music streaming, dan Augmented Reality (AR). Sebarang pembaharuan pada sistem infotainment ini juga boleh dikemaskini dalam talian (OTA).

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 08

BMW 3 Series G20 pula hadir dengan sistem infotainment BMW Live Cockpit Professional. Ia berfungsi menggunakan BMW Operating System 7.0. Sistem infotainment ini juga mempunyai bantuan suara yang mana ia dikenali sebagai Intelligent Personal Assistant.

Trenkuasa

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 09

Secara global, Mercedes-Benz C-Class W206 ditawarkan dengan pelbagai variasi enjin petrol dan diesel. Tetapi apa yang relevan untuk pasaran Malaysia ialah varian C200 dan C300.

Trenkuasa Mercedes-Benz C-Class W206
  C200 C300
Enjin 1.5L, turbo, 4 silinder 2.0L, turbo, 4 silinder
Kapasiti 1,496 cc 1,999 cc
Transmisi Automatik 9 kelajuan Automatik 9 kelajuan
Kuasa maksimum 204 PS 258 PS
Tork maksimum 300 Nm 400 Nm

C200 dikuasai oleh enjin 1.5L turbo dan Integrated Starter Generator (ISG). Gabungan ini menghasilkan 204 PS dan 300 Nm tork. C300 juga didatangkan dengan ISG tetapi digabungkan dengan enjin 2.0L turbo untuk menghasilkan 258 PS dan 400 Nm tork. Menariknya, kuasa ini serupa dengan output BMW 330i.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 10

Mengenai BMW 3 Series G20, enjin yang ditawarkan tidak mempunyai teknologi mild-hybrid mahupun sistem voltan 48V. Apapun, varian 320i didatangkan dengan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm tork. Varian 330i menggunakan enjin yang sama tetapi dinaik taraf untuk menghasilkan 258 PS dan 400 Nm tork.

Trenkuasa BMW 3 Series G20
  320i 330i
Enjin 2.0L, turbo, 4 silinder 2.0L, turbo, 4 silinder
Kapasiti 1,998 cc 1,998 cc
Transmisi Automatik 8 kelajuan Automatik kelajuan
Kuasa maksimum 184 PS 258 PS
Tork maksimum 300 Nm 400 Nm

Dari segi keselamatan, Mercedes-Benz C-Class W206 hadir dengan sistem ADAS yang diperbaharui. Namun begitu, perinciannya masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, kami akan bandingkan aspek ini di bacaan yang akan datang.

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih? 11

Setakat apa yang kami bandingkan, sedan eksekutif kompak mana yang anda idamkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda