window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras?

Faisal Β· Nov 12, 2022 06:00 PM

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 01

Mercedes-Benz E-Class E300 W213 facelift merupakan antara sedan eksekutif terbaik yang anda boleh beli hari ini. Bagi anda yang belum tahu, E-Class facelift telah memperbaiki beberapa isu yang ada pada model pra-facelift, terutama dari segi keselesaan pemanduan.

Bagi anda yang belum tahu, E-Class sebelum beransurnya model facelift ditawarkan dengan pelbagai varian yang mana selain varian hibrid plug-in pada E350e, terdapat E200, E250, E300, dan E350.

Kembali kepada E-Class facelift, E300 yang berharga RM 397,888 menampilkan pakej imej bisnes, nilai dan kemudahan pemanduan yang cukup seimbang. Malah bagi kami, E-Class varian atas ini adalah model Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terbaik sekarang ini kerana ia menawarkan kemewahan, tarikan perniagaan, nilai yang berbaloi, keselesaan dan juga prestasi, semua dalam satu pakej yang cukup menawan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 01

E200 di kanan mempunyai gril, rim dan kit badan yang berbeza dengan AMG Line.

S-Class pula tidak dinafikan lebih β€˜atas’ tetapi nak memandu kereta sebesar itu sudah jadi leceh. C-Class baharu pula boleh diterima tetapi kalau anda dah tahap nak cari E-Class, pasti C-Class sudah tidak lagi relevan.

Juga bacaRebiu: 2022 Mercedes-Benz C-Class (W206) - Lebih selesa berbanding dulu, tapi enjin hibrid macam mana?

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 02

Tetapi kalau anda betul-betul nak berjimat, bagaimana dengan varian E200?

Untuk makluman anda, E200 bermula dari harga RM 345,888, kiranya RM 52,000 lagi murah daripada E300.

  • 2019 Mercedes-Benz E200 Avantgarde New Trim 2.0

    RM 250,400
    RM 2,804
    /bulan

    18,238 km

    4.5 years

    Perai

  • 2020 Mercedes-Benz E200 SportStyle Avantgarde 2.0

    RM 243,400
    RM 2,755
    /bulan

    61,223 km

    3 years

    Perai

  • 2017 Mercedes-Benz E200 Avantgarde 2.0

    RM 190,900
    RM 2,092
    /bulan

    108,968 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 01

Tidak sebagus E300 tetapi anda akan tetap bahagia

Secara teknikal, kedua-dua E200 dan E300 menggunakan enjin 2.0L turbo M264 sama tetapi dengan talaan yang berbeza iaitu 197 PS/320 Nm untuk E200 dan 258 PS/370 Nm untuk E300. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan.

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 02

Kuasa yang lebih banyak pada E300 sememangnya syok untuk dilayan tetapi untuk pemanduan harian, perbezaan prestasinya dengan E200 tidaklah begitu besar. Yang penting, E200 ada kuasa yang cukup untuk memotong secara bersahaja. Nak kekal pada kelajuan tinggi pun macam bersantai sahaja.

Kereta yang santai, tahap keselesaan yang sama seperti E300

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 03

Untuk makluman anda, dari segi keselesaan, penambahan RM 52k untuk E300 tidak memberikan perbezaan yang besar kerana kedua-dua varian menggunakan Agility Control Suspension.

Suspensi ini sebenarnya jenis adaptif tetapi tetapannya tidak boleh dilaras (kalau nak, anda perlu Dynamic Body Control atau Airmatic). Kalau anda nak tahu, mod memandu pada E200 dan E300 facelift hanya melaras program enjin dan transmisi.

  • 2017 Mercedes-Benz E250 Avantgarde 2.0

    RM 209,500
    RM 2,296
    /bulan

    85,669 km

    5.5 years

    Masai

  • 2016 Mercedes-Benz E250 2.0

    RM 188,000
    RM 2,060
    /bulan

    36,999 km

    6.5 years

    Johor Bharu

  • 2018 Mercedes-Benz E250 Avantgarde 2.0

    RM 216,500
    RM 2,378
    /bulan

    23,085 km

    5.5 years

    Petaling Jaya

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 01

Masuk ke bahagian dalam pada E200, anda disambut dengan bahan kabin yang berkualiti tinggi melalui trim kayu open pore black ash, tempat duduk kulit Artico dan kluster digital kembar 12.3 inci, sama seperti E300.

Tetapi apa yang eksklusif pada varian E300 adalah ciri bumbung suria panoramik, sistem audio Burmester, pengecas nirwayar untuk telefon pintar, roda stereng AMG, tempat duduk kulit tulen dan penyaman udara automatik 3-zon. Walaupun dengan ciri tambahan, pengalaman berada dalam kabin sebenarnya rasa sama sahaja di antara mereka.

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 02

E200 lebih bagus daripada BMW 520i yang sudah tiada

Sebenarnya, kalau anda ingin memiliki sebuah sedan eksekutif tetapi tidak mahu bayar sehingga RM 400k, E200 sahaja yang ada dalam pasaran sekarang.

BMW Malaysia sendiri sudah menghentikan varian 520i. 5 Series yang ada sekarang hanya varian 530e hibrid plug-in M Sport (RM 358,217) dan 530i M Sport (RM 402,800).

  • 2019 Mercedes-Benz E300 Exclusive 2.0

    RM 259,000
    RM 2,838
    /bulan

    19,196 km

    4 years

    Petaling Jaya

  • 2019 Mercedes-Benz E300 Exclusive 2.0

    RM 278,000
    RM 3,046
    /bulan

    10,916 km

    3 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Mercedes-Benz E300 AMG Line 2.0

    RM 243,900
    RM 2,738
    /bulan

    72,742 km

    5 years

    Cheras

Anda takkan rasa lagi miskin sampailah masuk gear β€˜R’

Di sinilah saat yang anda akan rasa bahawa E200 lebih β€˜bawah’ daripada E300 iaitu sebaik sahaja anda masuk gear undur kerana ia tiada kamera 360-darjah. Menariknya, E200 sebelum ini memang ada ciri tersebut.

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 01

Yang tak tahannya, kalau anda mendekati sesuatu pada kelajuan rendah, kamera parkir akan dihidupkan. Tetapi disebabkan E200 tiada kamera 360-darjah, skrin MBUX yang dicipta khas untuk kamera 360-darjah akan memaparkan kamera belakang sahaja, iaitu ketika anda pandu ke hadapan. Pelik kan?

Apapun, ini sahaja yang dapat kami rungut.

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 02

Selain itu, segala isu yang ada pada E200 – ruang kaki kiri pemandu yang sempit, posisi duduk yang kekok (tidak seteruk C-Class W205) dan butang stereng jenis kapasitif yang susah untuk diguna juga turut ada pada varian E300.

Konklusi

Mercedes-Benz E200 W213 facelift merupakan antara kereta varian pengenalan yang tidak rasa asas langsung.

  • 2019 Mercedes-Benz E350 AMG Line 2.0

    RM 260,900
    RM 2,859
    /bulan

    41,790 km

    4.5 years

    Kuala Lumpur

Mercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras? 01

Tidak dinafikan E300 sememangnya lebih bagus tetapi kalau anda rasa bahawa RM 52k (cukup untuk beli sebuah Perodua Myvi) itu boleh digunakan untuk benda lain yang lebih bermanfaat, tidak rugi kalau anda jimat dan beli E200 sahaja. Lagipun, ia tetap sebuah Mercedes-Benz.

Kalau anda hendak jimat lagi, Carsome ada banyak E-Class terpakai yang berkualiti dan dijamin dalam keadaan yang baik kerana telah diiktiraf dengan Carsome Certified melalui pemeriksaan 175-mata.

Dalam masa yang sama, setiap pembelian juga lengkap dengan waranti 1 tahun serta jaminan pulangan wang selama 5 hari.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda