window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz E-Class Coupe C238 facelift 2021 dilancarkan - bermula RM 495k

Faisal · Aug 12, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding keluaran yang lalu, E300 AMG Line Coupe facelift tampil dengan pembaharuan kosmetik tetapi ia masih datang dengan trim eksterior AMG Line. Cumanya, rim 20 inci yang ditawarkan sebelum ini diganti dengan saiz 19 inci yang bereka bentuk serupa dengan E 300 AMG Line facelift.

Mercedes-Benz E-Class Coupe C238 facelift 2021 dilancarkan - bermula RM 495k 01

Beralih pada bahagian dalam, E-Class Coupe diperbaharui dengan reka bentuk stereng AMG Mercedes-Benz yang terkini dan infotainment MBUX. Ciri mewah seperti audio Burmester, bumbung suria panoramik, dan nyalaan ambient lighting turut didatangkan seperti sebelum ini. Cumanya, kelengkapan seperti Head-Up Display dan sistem wangian Air-Balance Package tidak lagi dilengkapkan.

Mercedes-Benz E-Class Coupe C238 facelift 2021 dilancarkan - bermula RM 495k 02

Dari segi mekanikal, E 300 Coupe facelift diperbaharui dengan enjin M264 2.0L turbo 4 silinder yang menghasilkan 258 PS dan 370 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan. Suspensinya pula masih menggunakan Agility Control yang mana ia jenis pasif.

Mercedes-Benz E-Class Coupe C238 facelift 2021 dilancarkan - bermula RM 495k 03

Untuk aspek keselamatan pula, E 300 Coupe facelift buat pertama kalinya mendatangkan pakej Driving Assistance yang mana ia merangkumi ciri bantuan keselamatan ADAS seperti:

  • Active Distance Assist DISTRONIC
  • Active Steering Assist
  • Active Brake Assist
  • Evasive Steering Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • PRE-SAFE Plus

Mercedes-Benz E-Class Coupe C238 facelift 2021 dilancarkan - bermula RM 495k 04

Pembeli yang berminat boleh layari dan membuat tempahan di Virtual Showroom sementara menunggu kerajaan untuk membenarkan semula operasi bilik pameran fizikal.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class Coupe E300 AMG Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda