window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k

Haris · Jul 29, 2021 02:00 PM

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 01

Terbaru, Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes-Benz E-Class facelift W213. 2 varian yang ditawarkan adalah E200 Avantgarde berharga RM 326,943 dan E300 AMG Line berharga RM 375,432.

Kedua-dua model dipasang di kilang pemasangan Mercedes-Benz di Pekan, Pahang.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 02

Tanpa cukai SST, harga atas jalan
Perbandingan harga W213 sebelum facelift vs facelift
Model Harga Pra-FL (RM) Harga FL(RM)
E200 318,270 326,943
E300 367,062 375,432
E350 384,523 NA

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz E200 Avantgarde dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj yang menghasilkan 197 PS / 320 Nm.

Sementara itu, enjin yang sama pada model E300 AMG Line menghasilkan kuasa yang lebih tinggi pada 258 PS / 370 Nm. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9-kelajuan.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 01

Dari segi luaran, Mercedes-Benz E200 menerima pakej luaran Avantgarde - lampu depan LED, dan rim 18-inci aloi dengan rekaan jejari berkembar. Model E300 pula sebaliknya menerima pakej AMG Line dengan tambahan lampu hadapan LED Multibeam, dan rim 19-inci aloi AMG yang lebih besar.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 02

Bergerak ke bahagian kabin dalaman, kedua-duanya menerima kerusi hadapan dengan penyelarasan kuasa dan sistem infotainment MBUX yang dipaparkan pada Widescreen Cockpit, yang merangkumi dua paparan bersaiz 12.3-inci. Selain itu, fungsi tambatan Android Auto dan Apple CarPlay juga turut disokong.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 03

Keduanya menerima stereng kapasitif yang dapat melakukan operasi kluster instrumen dan paparan media melalui butang Touch Control pada stereng. Permukaan sentuhan dikatakan kurang rentan terhadap kesan comot cap jari.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 04

Bahagian dalaman Mercedes-Benz E200 Avantgarde dilapisi oleh kemasan kulit buatan Artico sementara model E300 AMG Line menerima kemasan kulit asli. Perbezaan kecil yang boleh ditonjolkan adalah model E200 hanya dilengkapi kawalan iklim automatik termatik 2 zon manakala E300 menerima kawalan iklim automatik termotronik 3 zon.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 05

Model E300 AMG Line menambah ciri kelengkapan seperti bumbung suria panoramik, sistem audio Burmester, pad pengecas nirwayar dan kamera pandangan 360 darjah.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k 06

Dari segi sistem keselamatan moden pula, kedua-dua varian dilengkapi dengan fungsi Blind Spot Assist, Active Brake Assist (AEB), Active Parking Assist dengan Parktronic. Model E300 pula ditambah dengan fungsi Active Distance Assist (ACC) dan Active Lane Keeping Assist (LKA).

Kredit gambar: Mercedes Benz Syndy

Bacaan Lanjut: Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda