window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia!

Haris · Dec 13, 2022 01:00 PM

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 01

  • 1 varian EQE 350+
  • Berharga RM 419k, lebih RM 22k mahal daripada Mercedes-Benz E300
  • Jarak gerak 669 km, EV dengan jarak gerak kedua terjauh selepas EQS 450+

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan siri model kedua yang berasaskan seni bina elektrik (EVA), Mercedes-Benz EQE 350+. Berharga dari RM 419,888 (harga atas jalan tanpa insurans), EQE dikatakan menawarkan semua fungsi penting yang sama pada EQS dalam format yang lebih padat.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 02

Mercedes-Benz EQE diimport (CBU) dari kilang Bremen di Jerman. Sebagai EV bateri (BEV), duti import dan eksais serta cukai jalan telah dikecualikan - sah sehingga 31-Disember 2023 untuk BEV yang diimport.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bajet 2023 mencadangkan lanjutan 1 tahun tetapi Parlimen telah dibubarkan beberapa hari selepas pembentangan Belanjawan jadi syarat ini masih belum diluluskan.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 01

EQE 350+ dikuasakan oleh motor elektrik yang dipasang di belakang (RWD) yang menghasilkan 292 PS/565 Nm, mampu memecut EQE 350+ dari 0-100 km/j dalam 6.4 saat, dan mencatatkan kelajuan maksimum pada 210 km/j.

Baca: Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 02

Ia mempunyai bateri 90.56 kWj yang memberikan jarak gerak berdasarkan ujian WLTP sehingga 669 km. Pengecas terbina dalam membolehkan pengecasan AC sehingga 11 kW manakala pengecas pantas DC maksimum dinilai pada 170 kW

Hal ini bermakna Mercedes-Benz EQE 350+ mengambil masa 32 minit untuk mendapatkan pengecasan 10 hingga 80 peratus. Kabel pengecas akan diberikan untuk pengecas kotak dinding atau stesen pengecas awam, berukuran lima meter.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 03

Tidak seperti EQS 450+, model EQE 350+ ini menggugurkan fungsi stereng gandar belakang dan suspensi Airmatic. Sebaliknya, ia cukup dengan suspensi Comfort yang lebih konvensional dengan four-link di hadapan dan multi-link di belakang.

Baca: Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k!

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 04

Bagi bahagian luaran pula, Mercedes-Benz EQE 350+ mengenakan gaya luaran dan badan daripada varian AMG, menampilkan rim aloi ringan 19-inci lima jejari kembar AMG. Ia turut menerima fungsi Digital Light dengan Adaptive Highbeam Assist Plus.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 05

Di bahagian dalam pula, EQE 350+ juga menggugurkan MBUX Hyperscreen yang terdapat dalam EQS. Sebaliknya, ia mendapat paparan pemandu yang berasingan daripada paparan potret tengah OLED dengan pengimbas cap jari.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 06

EQE masih menawarkan MBUX realiti terimbuh untuk tujuan navigasi, Remote and Navigation Services yang sudah dipasang, Smartphone Integration dengan Apple CarPlay and Android Auto, serta paparan HUD (head-up display).

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 07

Penghuni turut menerima Sport Seat dengan upholsteri kulit buatan Artico dan mikrofiber Microcut, pelapik kaki AMG, lapisan bumbung dalam fabrik hitam, stereng dibalut kulit Nappa, konsol tengah dalam struktur hitam halus, dan trim lampu belakang potongan laser dengan corak Mercedes- Benz.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 08

Dari segi ciri, EQE 350+ mendapat pencahayaan ambien aktif 64 warna, sistem pengecasan nirwayar untuk peranti mudah alih, kawalan iklim automatik 4 zon, dan sistem bunyi keliling Burmester 3D.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 09

Mercedes-Benz EQE 350+ didatangkan dengan Driving Assistance Plus Package yang meliputi:

  • Active Distance Assist Distronic
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Extended automatic re-start in traffic jams
  • Evasive manoeuvre support
  • Pre-Safe impulse side
  • Rear sensors for the lane departure assistant

Ia juga menampilkan Parking Package dengan kamera 360 darjah dan Active Parking Assist.

Mercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia! 10

Mercedes-Benz EQS 450+ didatangkan dengan waranti standard 4 tahun, manakala bateri voltan tinggi mempunyai waranti 10 tahun/250,000km, yang mana datang dahulu.

Baca: Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz EQE 350+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda