window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork

Faisal · Dec 15, 2020 11:00 AM

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 01

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan Mercedes-Benz GLA baru (generasi H247) di Malaysia. Didatangkan sebagai model import, SUV kompak premium ini berharga daripada RM 244,200 hingga RM 285,337 (harga termasuk pengecualian cukai SST, sah sehingga 31 Disember 2020).

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 02

Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz GLA bersaing dengan BMW X1.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 01

Pembeli yang berminat ditawarkan dengan dua varian iaitu:

  • GLA 200 Progressive Line: RM 244,200
  • GLA 250 AMG Line: RM 285,337

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 02

Sebagai varian permulaan, GLA 200 hadir dengan trim Progressive Line dimana ia dilengkapi dengan roda 18 inci dan rel bumbung jenis aluminium.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 03

Dari segi tren kuasa, GLA 200 didatangkan dengan enjin 1.3L turbo yang dibangunkan oleh Renault. Enjin yang menghasilkan sebanyak 163 PS dan 250 Nm tork ini dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 8.7 saat.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 04

Varian GLA 250 pula dihadir dengan trim AMG Line yang lebih sporty dimana ia didatangkan dengan roda 19 inci.

Varian ini dilengkapi dengan suspensi yang direndahkan (lowered) untuk penampilan yang serasi dengan rekaan coupe pada GLA kali ini.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 05

Selain itu, GLA 250 hadir dengan enjin 2.0L turbo (224 PS/350 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 8 kelajuan. Sebagai perbandingan, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa selama 6.9 saat.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua enjin ini adalah sama pada Mercedes-Benz A-Class dan GLB yang dilancarkan sebelum ini.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 06

Berbanding GLA sebelum ini, GLA baharu kelihatan unik. Malah ia tidak lagi kelihatan seperti hatchback A-Class yang ditinggikan.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 07

Sebagai kereta yang berpacuan roda depan, GLA baharu dibangunkan berdasarkan platform MFA-II yang juga digunakan oleh hatchback A-Class, A-Class sedan, B-Class, CLA-Class dan GLB.

Dengan ukuran panjang sebanyak 4,410 mm, GLA ialah SUV yang paling pendek di dalam barisan Mercedes-Benz. Namun demikian, ukuran tinggi telah ditambah sebanyak 10 cm berbanding model sebelum ini. Disebabkan itu, kelegaan kepala untuk pemandu dan penumpang kini lebih baik.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 08

Antara ciri yang didatangkan standard pada Mercedes-Benz GLA ialah:

  • Lampu depan jenis LED High Performance
  • Kerusi depan dengan sokongan belakang 4-hala
  • Penyaman udara automatik
  • Pengelap cermin automatik
  • Pintu but elektronik
  • Aplikasi Mercedes me
  • Infotainment MBUX dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 09

Dari segi ciri keselamatan, kedua-dua varian GLA hadir dengan:

  • 7 beg udara
  • Active brake assist
  • Active parking assist
  • Kawalan pelayaran
  • Sistem Pre-Safe
  • Bacaan angin tayar

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 10

Menariknya, GLA 250 mempunyai ciri amaran titik buta dimana ia membantu pemandu untuk mengetahui keadaan di bahagian sisi kereta walaupun dalam keadaan berhenti.

Mercedes-Benz GLA 2021 (H247) dilancarkan – Bermula RM 244K, sehingga 224 PS, 350 Nm tork 11

Sekiranya anda berminat, Mercedes-Benz GLA baharu boleh dimiliki serendah RM 2,388 sebulan melalui Agility Financing Plan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz GLA 200 Progressive Line (CKD)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda