window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza?

Faisal Β· Mar 17, 2023 04:00 PM

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 01

Mercedes-Benz sebentar tadi baru sahaja merasmikan GLA facelift. Kata mereka, SUV kompak premium yang popular ini diberi pembaharuan drastik. Tetapi secara mata kasar, macam lebih kurang sama pula kan?

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 02

Apapun, GLA facelift secara terperincinya menerima reka bentuk gril dan lampu yang lebih moden. Bahagian bampar depan dan roda juga diperbaharui dengan reka bentuk yang lebih terkini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas?

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 01

Pada bahagian dalam pula, kluster digital 7 inci yang digabungkan dengan infotainment 10.25 inci didatangkan secara standard. Ciri kluster digital 10.25 inci pula sebagai pilihan tambahan.

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 02

SUV kompak Mercedes-Benz ini juga menampilkan infotainment MBUX terkini yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 03

Dari segi trenkuasa, kesemua enjin yang diguna pada GLA facelift adalah unit yang dielektrifikasi. Sistem hibrid sederhana yang dilengkapkan menggunakan sistem 48V dari β€˜starter generator’. Kuasa tambahannya diberi sehingga 10 PS dan enjin petrolnya ditawarkan dari julat kuasa 136 PS ke 224 PS.

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 04

Varian hibrid plug-in seperti GLA 250 e pula menggunakan motor elektrik 109 PS. Bercakap mengenai PHEV, bateri 11.5 kWj yang dipadankan kini menyokong pengecas pantas DC sehingga 22 kW. Jarak pandu dalam mod elektrik pula boleh pergi dalam lingkungan 62 km ke 70 km (kitaran WLTP).

Mercedes-Benz GLA (H247) facelift 2023 didedah - nampak sama tapi apa yang berbeza? 05

Setakat ini, harga GLA facelift masih belum didedahkan tetapi di Malaysia, model pra-facelift (CKD) ditawarkan seperti di bawah:

  • GLA 200 Progressive Line – RM 254,888
  • GLA 250 AMG Line – RM 287,888

Juga bacaRebiu: Mercedes-Benz GLA 250 2021 - Bagus tapi adakah RM 285k setimpal?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz GLA 200 Progressive Line (CKD)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda