window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118

Faisal · Sep 22, 2020 12:28 PM

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 01

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuka tirai hari ini dengan melancarkan Mercedes Benz GLB. Ia bermula daripada RM 269,118 untuk GLB 200, RM 318,009 untuk GLB 250 4Matic, dan RM 363,136 untuk Mercedes-AMG GLB 35 4Matic (harga tanpa insurans dan SST). Dilancarkan secara global pada bulan June 2019, Mercedes GLB diimport sepenuhnya dari Mexico.

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 02

Dibina berdasarkan platform MFA2, SUV kompak dengan kod X247 ini berada di antara GLA dan GLC dalam barisan Mercedes-Benz Malaysia. Platform yang direka khusus untuk pacuan roda hadapan ini turut menerima konfigurasi untuk pacuan semua roda sekiranya terdapat permintaan dalam pasaran seperti yang dimiliki oleh GLB 250 4Matic dan Mercedes-AMG GLB 35 4Matic.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 01

Dari segi eksterior, GLB 200 didatangkan dengan pakej Progressive Line. Varian ini dibezakan melalui:

  • Roda aloi 5 jejari kembar 18 inci dengan saiz 235/55/R 18
  • Skirting dan bampar Progressive Line

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 02

Untuk varian GLB 250, ia didatangkan dengan pakej AMG Line. Varian ini dibezakan melalui:

  • Rim aloi AMG Line dengan 5 jejari kembar
  • Bampar dan skirting AMG Line
  • Stereng AMG Line

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 03

Untuk varian GLB 35, ia didatangkan khusus dengan roda aloi 20 inci dan gril Panamericana di hadapan.

Ciri unik yang terdapat pada Mercedes GLB ialah ia mempunyai konfigurasi untuk 7 tempat duduk yang didatangkan sebagai kos tambahan. Kerusi di barisan kedua boleh dilipat mengikut konfigurasi 40:20:40, manakala di bahagian ketiga boleh dilipat secara 50:50.

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 04

Tanpa barisan ketiga, ruang but mempunyai kapasiti 630 liter. Sekiranya kedua-dua baris dilipat sepenuhnya, ruang but boleh mencecah 1,800 liter.

Dengan berukuran panjang 4,634 mm, lebar 1,834 mm, dan tinggi 1,659 mm (5 tempat duduk) atau 1,663 mm (7 tempat duduk), Mercedes GLB mempunyai dimensi yang lebih dekat dengan GLC berbanding GLA.

Platform MFA2 terbukti sangat praktikal dan fleksibel kerana ia boleh memuatkan 7 tempat duduk walaupun hanya dengan jarak roda sebanyak 2,829 mm. Dengan reka bentuk yang bersegi empat, ia kelihatan lebih lasak berbanding GLA dan GLC yang kelihatan lebih halus.

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 05

GLB 200 didatangkan dengan enjin (M282) yang sama seperti A 200. Enjin 1.33 liter turbo 4-silinder daripada Renault ini menghasilkan 163 PS @ 5,500 rpm dan 250 Nm tork @ 1,620 – 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi Getrag 7G-DCT 7-kelajuan (klac basah) dan berupaya memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 9.1 saat sehingga ke kelajuan tertinggi pada 207 km/j.

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 06

GLB 250 pula didatangkan dengan enjin (M260) yang sama seperti A250. Enjin 2.0 liter turbo 4-silinder ini menghasilkan 224 PS @ 5,800 rpm dan 350 Nm tork @ 1,800 – 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi 8G-DCT 8-kelajuan dan pacuan semua roda 4Matic. Oleh itu, ia berupaya memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat sehingga ke kelajuan tertinggi pada 236 km/j.

Varian tertinggi GLB 35 didatangkan dengan enjin sama tetapi ditala sehingga menghasil 306 PS @ 5,800 – 6,100 rpm dan 400 Nm tork @ 3,000 – 4000 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi seperti GLB 250 tetapi dengan talaan SPEEDSHIFT. Dengan pacuan semua roda 4Matic, ia berupaya memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat sehingga ke kelajuan tertinggi pada 250 km/j.

  Kuasa (PS) Tork (Nm) 0-100 km/j (saat)
GLB 200 163 250 9.1
GLB 250 224 350 6.9
AMG GLB 35 306 400 5.2

Mercedes-Benz GLB dilancarkan di Malaysia – GLB 200, GLB 250, dan GLB 35, bermula RM 269,118 07

Secara standard, Mercedes GLB didatangkan dengan:

  • Mercedes-Benz User Experience (MBUX) skrin kembar 7 inci 
  • Pencahayaan persekitaran dengan 64-warna
  • Mercedes me connect
  • Sistem bantuan parking Active Park Assist
  • But belakang dengan kawalan eletronik
  • USB Type-C
  • Blind Spot Assist
  • Exit Warning
  • PRE-SAFE System

Anda boleh layari laman sesawang Mercedes-Benz Malaysia atau hubungi 1-800-88-1133 untuk maklumat lanjut mengenai Mercedes-Benz GLB.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz AMG GLB 35 4MATIC

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda