window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang?

Faisal · May 18, 2021 04:00 PM

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 01

Sebentar tadi, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan versi yang dipasang lokal (CKD) untuk Mercedes-Benz GLE 450 4Matic AMG Line. Harganya bermula dari RM 475,501 (tanpa cukai SST, sah sehingga 30 Jun 2021).

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 02

GLE 450 CKD ini akan menggantikan model CBU dari US yang ada sebelum ini yang mana ia ditawarkan dengan harga RM 584,720 termasuk diskaun SST (RM 608,888 berdasarkan SST yang penuh).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 01

GLE 450 CBU yang ditawarkan sebelum ini.

Sebagai perbandingan, BMW X5 xDrive45e M Sport yang dipasang di Kulim berharga dari RM 439,443 (tanpa SST). Dengan SST, SUV mewah itu bermula dari harga RM 448,800.

Perbandingan model CKD (GLE vs X5)
  Mercedes-Benz GLE 450 BMW X5 45e
Harga RM 475,501 (tanpa SST) RM 439,443 (tanpa SST)
Enjin

3.0L 6 silinder sebaris 

M256

3.0L 6 silinder sebaris

B58

Kuasa 367 (EQ Boost +22 PS) 394 PS
Tork 500 (EQ Boost +250 Nm) 600 Nm
Transmisi

Automatik

9 kelajuan

Automatik

8 kelajuan

0-100 km/j 5.7 saat 5.6 saat

Memandang ia adalah varian yang sama, GLE 450 CKD turut dikuasakan oleh enjin 3.0L 6 silinder sebaris dengan sistem hibrid sederhana EQ Boost yang dibantu oleh ISG 48V. Jadi, ia tidak sama dengan hibrid plug-in (PHEV) yang didatangkan pada X5 45e.

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 02

Enjin ini menghasilkan 367 PS dan 500 Nm tork tetapi motor hibrid sederhana ISG menambah lagi 22 PS dan 250 Nm tork untuk bantuan tujahan yang sementara.

Hembusan kuasa ini dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 9 kelajuan.

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 03

Kenapa MBM tidak perkenalkan varian hibrid plug-in seperti X5 45e? Jawapan adalah kerana Mercedes-Benz hanya menawarkan hibrid plug-in pada GLE melalui enjin diesel sahaja iaitu GLE 350de. Oleh yang demikian, MBM lebih berminat untuk tawarkan spesifikasi 7 tempat duduk berbanding sebuah PHEV berenjin diesel.

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 04

Memandangkan ia bukan PHEV, GLE 450 tidak memerlukan ruang untuk menempatkan bateri hibrid yang besar. Disebabkan itu, spesifikasi tempat duduk di baris ketiga boleh ditawarkan. Walaupun prestasinya tidak sehebat X5 45e, kebolehan untuk memuatkan 7 penumpang sebenarnya agak menarik.

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 05

Selain rim bersaiz 21 inci (22 inci pada model CBU), GLE 450 CKD mempunyai spesifikasi yang sama dengan model CBU sebelum ini.

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 06

Ia kekal dengan ciri seperti:

  • Lampu LED Multibeam
  • Sistem bunyi sekeliling Burmester
  • Skrin kembar MBUX 12.3 inci (NTG 6)
  • Bumbung suria panoramik
  • Kawalan pelayaran adaptif kelajuan penuh dengan Stop & Go
  • Blind Spot Monitor
  • Lane Keeping Assist
  • Kamera 360-darjah

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 07

Untuk pengetahuan anda, kumpulan pertama untuk GLE 450 CBU (sekitar RM 634k) dulu hadir dengan E-Active Body Control tetapi kumpulan berikutnya hanya didatangkan dengan suspensi udara Airmatic (RM 609k). Suspensi Airmatic ini beransur pada GLE 450 CKD.

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 08

Secara keseluruhan, pelancaran GLE 450 CKD adalah antara usaha awal oleh MBM dalam memperkenalkan beberapa model CKD yang baru pada tahun ini.

Juga bacaHarga Mercedes-Benz bakal jadi lebih murah di Malaysia - banyak model CKD baru akan tiba!

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang? 09

Selepas ini, MBM dijangka melancarkan model CKD untuk A-Class Sedan dan GLA pula.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mercedes-Benz GLE 450 4Matic AMG Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda