window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz: Insentif EV Malaysia menghampiri Thailand, tapi pelan jangka 5 tahun diperlukan

Faisal · Dec 14, 2022 10:00 AM

Mercedes-Benz: Insentif EV Malaysia menghampiri Thailand, tapi pelan jangka 5 tahun diperlukan 01

Dalam acara pelancaran Mercedes-Benz EQE di Malaysia yang berlangsung semalam, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memberitahu bahawa walaupun Thailand dalam rantau ini nampak lebih maju dari segi polisi menggalakkan lokalisasi dan penggunaan EV, Malaysia sebenarnya tidak jauh di belakang.

Juga bacaMercedes-Benz EQE 350+ dilancarkan dari RM 419k - jarak gerak 669 km, kedua terjauh di Malaysia!

Kata Sagree Sardien, selaku Presiden & CEO Mercedes-Benz Malaysia, “Kedua-dua negara ada peluang sama untuk mengetengahkan kenderaan elektrik, iaitu dari segi penawaran lebih model dan jualan”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz: Insentif EV Malaysia menghampiri Thailand, tapi pelan jangka 5 tahun diperlukan 01

Dalam masa yang sama, Timbalan Presiden Michael Jopp menambah bahawa walaupun polisi kerajaan menjadi penggalak kepada Thailand yang sudah mengumumkan pelan lokalisasi (EQS), perkembangan di Malaysia sekarang menunjukkan bahawa Malaysia tidak jauh dan betul-betul menghampiri.

Ulas beliau lagi, “Kalau kita lihat perkembangan elektrifikasi dalam 12 bulan ini, saya dapat rasa bahawa kita berada dalam trajektori yang betul”.

Menurut CEO Sardien, keputusan kerajaan untuk mengecualian model EV dari cukai import dan eksais sehingga 31 Disember 2023 (31 Disember 2025 untuk model CKD) telah menggalakkan Mercedes-Benz Malaysia untuk mempercepatkan elektrifikasi buat portfolio lokal. Apapun, beliau menegaskan bahawa pelan jangka masa panjang amat diperlukan.

Mercedes-Benz: Insentif EV Malaysia menghampiri Thailand, tapi pelan jangka 5 tahun diperlukan 02

Katanya, “Kalau anda lihat negara lain, pelan yang mereka rangka merangkumi 5 ke 10 tahun. Jadi, apa yang kami syorkan kepada badan berkuasa ialah untuk ada tempoh lebih lama buat insentif yang terlibat. Yang keduanya adalah berkenaan inisiatif untuk stesen mengecas kenderaan elektrik. Perkara inilah yang akan memberi keyakinan terhadap para pembeli demi mempercepatkan lagi penggunaan kenderaan elektrik”.

Buat masa sekarang, Mercedes-Benz Malaysia ada 5 model elektrik EQ. Semuanya diimport dari Jerman seperti berikut:

  • EQA 250 AMG Line: RM 296,888
  • EQB 350: RM 328,888
  • EQC 400: RM 388,888
  • EQE 350+: RM 419,888
  • EQS 450+: RM 698,888

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia