window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik?

Haris · Feb 23, 2021 09:00 AM

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 01

Mercedes-Benz telah maju selangkah dengan barisan model EQ untuk model kereta elektrik. Walaubagaimanapun, Mercedes-Benz Malaysia masih sangsi untuk memperkenalkan model tersebut di negara ini.

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam suatu wawancara virtual bersama media, Dr. Claus Weidner, Presiden & CEO Mercedes-Benz Malaysia berkata “Kami (MBM) melihat kebolehlaksanaan untuk memperkenalkan apa sahaja kenderaan termasuklah model EQ.”

Walaubagaimanapun, Dr. Claus Weidner turut menambah terdapat 2 faktor utama kebolehlaksanaan (feasibility) untuk memperkenalkan model di Malaysia.

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 01

Model Merc-Benz elektrik hampir pasti tidak akan hadir ke Malaysia

"Pertama sekali adalah faktor ekonomi, dari perspektif jenis insentif, persekitaran atau peraturan khas untuk pasaran ini. Di sisi lain pula adalah faktor permintaan.

“MBM sememangnya mempunyai perancangan tetapi ia juga harus disesuaikan dengan perubahan undang-undang dan latar ekonomi yang kurang stabil di sini.”

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 02

"MBM juga bekerjasama secara dalaman dan juga dengan agensi di sini terutama dengan MARii dan ABDC (Majlis Pembangunan Perniagaan Automotif). Pada masa yang sama, MBM masih memerhatikan polisi di bawah NAP."

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 03

Dr Claus juga menjelaskan bahawa perubahan dasar di tengah jalan juga menyukarkan syarikat automotif. Contoh terbaru adalah perubahan dalam pengiraan OMV (Open Market Value) yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

"Kami juga harus melihat perspektif perkembangan undang-undang. Contohnya adalah NAP dan OMV di mana akhirnya ia menuntut lebih penjelasan.

Kerajaan baharu bagaimanapun telah membatalkan dasar kiraan OMV tersebut.

Baca: Kerajaan batalkan polisi OMV

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 04

Pada tahun 2019, model Mercedes-Benz EQC melakukan debut pertama rantau Asia di Malaysia. Debut ini menunjukkan komitmen MBM terhadap Malaysia yang juga merupakan ibu pejabat serantau bagi Daimler (syarikat induk Mercedes-Benz).

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik? 05

Namun pengenalan model EQC nampaknya tidak akan direalisasikan di negara ini dengan Thailand menjadi destinasi pilihan untuk pembangunan model EQ. Oleh yang demikian, berapa banyak lagi jenama automotif yang akan terkesan dengan wayang politik Malaysia ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz EQC Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda