Perkara ini agak memeranjatkan kerana generasi baru iaitu X254 baru sahaja membuat debut global. Jadi, model yang ditayangkan ini mungkin keluaran terakir sebelum model serba baharu tiba ke pasaran kita.
Cogan kata “Stay tuned to take charge” pula mungkin merujuk kepada trenkuasa yang dielektrifikasi, iaitu PHEV.
Secara global, GLC juga ada varian 300e yang mana ia menggunakan enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm) beserta motor elektrik (122 PS, 440 Nm). Gabungan kedua-dua sumber kuasa ini menghembuskan 320 PS/700 Nm dan ia disalurkan ke semua roda (4Matic) melalui transmisi automatik 9 kelajuan.
Buat masa sekarang, GLC di Malaysia ditawarkan secara CKD melalui varian GLC 200 dan GLC 300, masing-masing pada RM 299,539 dan RM 338,693 (harga termasuk pengecualian SST).
Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo M264 dengan gabungan transmisi automatik 9 kelajuan. GLC 200 mempunyai 197 PS/320 Nm, manakala GLC 300 hadir dengan 258 PS/370 Nm tork.
Model GLC Coupe juga ada yang mana ia hadir sebagai GLC 300 Coupe (CKD) dengan harga RM 403,536 (harga termasuk pengecualian SST).
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.