window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia

Mersita · Feb 28, 2021 10:00 AM

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 01

Mercedes-Benz Malaysia sudah bersedia untuk memperkenalkan jenama ‘EQ’ mereka yang terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Tapi, sebelum perkara ini menjadi realiti, syarikat tersebut memerlukan lebih kepastian dari segi kestabilan jangkamasa panjang. Perkara ini bergantung kepada hala tuju kerajaan serta Polisi Automotif Nasional (NAP) yang diharap lebih jelas.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 02

Dr. Claus Weidner, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, berkata, “Seperti yang kami selalu katakan, kami sedang mengkaji kebolehlaksanaan dalam membawa masuk mana-mana kereta (dalam portfolio kami) dan ini termasuklah EQ.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 01

Sama seperti mana-mana syarikat kereta yang berhasrat untuk melabur di Malaysia, Dr. Claus menerangkan yang Mercedes-Benz Malaysia akan terpaksa mempertimbangkan dua faktor utama sebelum memperkenalkan produk baharu di sini.

“Pertama sekali ialah kebolehlaksanaan ekonomi, dari segi jenis insentif, jenis suasana produksi, ataupun undang-undang dalam pasaran-pasaran spesifik ini. Lagi satu ialah dari segi permintaan.

“Oleh itu, kami sentiasa ada rancangan di sana tapi (kami) juga terpaksa menyesuaikannya menurut perubahan undang-undang atau ketidaktentuan atau turun-naik pasaran di sana. Oleh itu, kami pastinya ada rancangan untuk membawa EV masuk ke Malaysia, pada bila-bila masa ia dianggap bersedia, dan kami anggap ia bersedia dari perspektif-perspektif tersebut.

“Kami sentiasa berusaha secara dalaman dan juga dengan agensi-agensi di sini terutamanya dengan MARii dan ABDC (Majlis Pembangunan Perniagaan Automotif). Ini adalah untuk melihat apa yang boleh kami lakukan sejajar dengan NAP. Sejurus selepas perkara ini diselesaikan, kami pastinya akan membawa EV masuk ke pasaran.”

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 02

Dalam topik NAP, Dr. Claus menjelaskan yang penambahbaikan dari segi perincian lebih teliti dan jelas bagi hala tuju jangkamasa panjang kerajaan pastinya akan meningkatkan kebolehsaingan Malaysia.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 03

“Secara keseluruhannya, NAP yang dilancarkan tahun lepas, tidak (lengkap) dari segi perincian bagi setiap perkara, maka secara amnya kami terpaksa menyesuaikan topik kami disana-sini. Apa yang kami boleh lakukan, kami dah laksanakan, dan aspek itu juga datang dari perspektif perancangan.

“Saya juga menyokong hujah bagi topik-topik EV, dimana penjelasan lebih teliti dalam NAP amat diperlukan supaya kita boleh lebih yakin dalam perancangan bagi hal ini – apakah hala tuju kerajaan bagi EV di Malaysia. Selain dari itu, kami juga terus bekerjasama dengan kerajaan dan institusi-institusi, seperti biasa bagi membawa produk-produk kami sesuai dengan permintaan pasaran.”

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 04

Dr. Claus juga menjelaskan yang menukar polisi setengah jalan adalah satu perkara yang tidak bagus. Contoh terbaru ialah perubahan dalam kiraan OMV yang dirancang untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu.

“Kami juga terpaksa mengambil-kira perkembangan dari segi undang-undang dalam perspektif. Contohnya seperti NAP, dan juga topik OMV, yang kini akhirnya sudah dijelaskan.

“Selepas itu, definisi EEV yang baharu juga timbul. Semua perkara sebegini memberi impak terhadap peletakan harga dan ketidaktentuan macam-macam perkara yang sedang berlaku. Tetapan undang-undang dan suasana yang jelas dari kerajaan amat diperlukan – bukannya dalam jangkamasa pendek saja, merubah mungkin secara tahunan atau separuh tahunan – tapi satu perspektif yang lebih panjang bagi memberikan keyakinan serta kepercayaan terhadap pasaran. Oleh itu, kepastian perancangan diberi kepada pengilang, pengedar, dan juga apa yang boleh dijangka oleh pelanggan; samada harga akan turun atau naik, apakah hala-tuju dalam perkara terlibat, supaya mereka boleh buat keputusan.”

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 05

Selain dari itu, timbul juga isu sokongan infrastruktur, misalnya stesen pengecas awam.

Dr. Claus berkata Mercedes-Benz Malaysia sedang berhubung dengan syarikat-syarikat yang membekalkan servis-servis pengecasan. Tapi yang penting, topik tentang memperkasakan infrastruktur sokongan teramatlah bergantung kepada hala-tuju kerajaan.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 06

“Sebagai OEM, kami membekalkan kereta-keretanya. Topik infrastruktur adalah sesuatu yang perlu dibincangkan lagi samada oleh kerajaan mahupun oleh syarikat-syarikat lain. Jika anda bandingkannya dengan stesen-stesen minyak, ia pastinya perkara yang sama saja dalam perspektif ini.

“Yang pasti, kami terpaksa tunggu dan lihat perancangan kerajaan dan syarikat-syarikat lain (pembekal servis pengecasan) yang terlibat dalam perkara ini. Semua perkara ini perlu jatuh dibawah NAP – apakah hala tuju kerajaan, bagaimana mereka ingin memacu teknologi sebegini dalam pasaran dalam perspektif yang lebih luas.

“Seperti yang anda boleh lihat di negara-negara lain, contohnya Singapura, perkara ini sebahagian besarnya dipacu oleh kerajaan. Oleh itu, saya lihat peranannya lebih besar pada bahu penggubal undang-undang serta syarikat-syarikat terlibat,” kata Dr. Claus.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 07

Mercedes-Benz merupakan salah satu pelabur automotif paling lama dan paling besar di Malaysia.

Pada tahun 1983, Malaysia merupakan negara pertama selain dari Jerman yang diberi hak untuk memasang model utamanya iaitu S-Class (generasi W126).

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 08

Walaupun syarikat-syarikat lain seperti Hyundai telah memindahkan pejabatnya ke Indonesia, namun pejabat Mercedes-Benz Malaysia (MBM) di Puchong juga berfungsi sebagai pejabat Daimler – satu daripada dua di rantau ini (satu lagi di Bangkok).

Pasukan Asia Tenggara II di Malaysia juga menjaga pasaran Singapura dan Indonesia serta banyak lagi pasaran-pasaran ‘Pengedar Am’ yang kecil.

Pasukan Asia Tenggara I di Bangkok menjaga pasaran Thailand dan Vietnam.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 09

Aturan ini jugalah menjadi sebab mengapa Mercedes-Benz GLB membuat debut rantaunya di Malaysia.

Pada tahun 2019, Malaysia merupakan negara pertama di Asia untuk mendebut Mercedes-Benz EQC elektrik. Memang ada perancangan untuk memperkenalkan EQC di Malaysia, namun ia sudah terbatal memandangkan Daimler telah mengumumkan yang Thailand dipilih untuk menghasilkan EQC.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 10

Malaysia negara pertama di rantau ini untuk melihat EQC, tapi semuanya terhenti di situ

Namun, ada ‘plot twist’: Projek EQC telahpun dibatalkan di Thailand setelah Daimler berdepan masalah dengan kerajaan Thai, tapi ada satu lagi model EQ yang akan diperkenalkan di sana (akan diumumkan kemudian). Mungkin Malaysia masih ada peluang?

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 11

MBM juga mengoperasikan Pusat Latihan Pelapis. Ia terletak di Wisma Mercedes-Benz Malaysia di Puchong – menawarkan latihan teknikal kepada pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menceburi bidang teknikal dalam industri automotif.

Program ini ditubuhkan pada 1984, setahun selepas Malaysia menjadi negara pertama di luar Jerman untuk memasang S-Class. Program sebegini ialah yang pertama ditubuhkan di Malaysia oleh jenama kereta mewah dan premium. Oleh itu, pelajar-pelajar dilatih dengan teknologi terkini yang digunakan di dalam kereta-kereta Mercedes-Benz. Setakat ini, pusat tersebut telah melatih lebih daripada 900 rakyat Malaysia.

Mercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia 12

Kilang MBM di Pekan buat masa ini menghasilkan 5 model (total 13 varian) iaitu C-Class, E-Class, sedan S-Class, GLC, dan SUV GLC Coupe, serta dua model Mercedes-AMG iaitu C 43 dan GLC 43 Coupe. Ia juga mengekspot C180 ke Filipina.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda